FrogVle

Setiap sekolah perlu menyediakan laporan bulanan untuk melihat bagaimana perkembangan VLE-Frog di sekolah. Apa yang perlu dimasukkan di dalam laporan adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan VLE sepanang bulan (ambil analitics)
  2. 10 pelajar paling aktif (login)
  3. 10 guru paling aktif (login)
  4. 10 sites paling popular
  5. 10 guru paling aktif memberi Assignment
  6. Senarai guru yang tidak login
  7. Pencapaian KPI MOE dan KPI negeri.

Untuk item 1 – 5 boleh diperolehi dari Dashboard Analytic. Tetapi item ke-6 tidak terdapat di dalam analytics. Yang terpamer hanyalah senarai guru yang ada login sahaja. Nama mereka yang tidak login atau senang panggil ZERO login tidak dipaparkan. Namun begitu dengan adanya satu fail di bawah, membantu untuk mengenalpasti guru yang tidak login.

<<SOFTCOPY>>

Cara menggunakannya :

  • Paste sahaja apa yang dapat dari analytic ke dalam sheets “PASTE NAMA DARI ANALYTICS STAFF”
  • Di dalam sheets ke-2 “UNTUK DAPATKAN STAFF TAK LOGIN”, anda perlu tampal senarai nama penuh semua guru di sekolah di COLUMN B.
  • Kemudian COPY nama dari sheets “PASTE NAMA DARI ANALYTICS STAFF” ke dalam sheets ke-2 di COLUMN D.
  • Paparan guru yang TIDAK AKTIF akan dipaparkan di COLUMN E.

Selamat mencuba ya! Semoga membantu.

Tips : Untuk Copy Paste agar format tak kacau. Sila Copy macam biasa tetapi sewaktu PASTE tu, jangan pakai Ctrl+V atau menu di atas. Anda perlu klik kanan dan pilih  Paste Special + Paste Values Only

Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya Cikgu Shuhimi dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju kerana menghasilkan template ini.

 

 

FrogVle

SEMARAK VLE : SAMBUTAN HARI GURU (TEKA SIAPA SAYA)

Setiap kali munculnya hari guru, pelbagai cara dan aktiviti di rancang. Bagi menyemarakkan penggunaan VLE memandangkan ketika sambutan ini, banyak sekolah dalam musim peperiksaan yang membuatkan penggunaan VLE untuk pdp tidak dilakukan. Masa inilah, idea-idea terbaik perlu difikirkan.

Ini adalah antara  yang pernah saya lakukan dan sesungguhnya ia mendapat sambutan yang sangat tinggi. Pelajar boleh menjawab sebanyak mana mereka mahu dan kami berjaya memperolehi lebih 300 penyertaan.

Keputusan di umumkan semasa sambutan hari guru dan satu demi satu gambar dikeluarkan dan dipaparkan dilayar dengan gambar lama dan gambar terkini. Ternyata riuh rendah ketawa di dewan menyemarakkan keadaan dan menyeronokkan.

Untuk melakukan perkara ini, ada beberapa fasa yang memerlukan komitmen guru dan sebenarnya tidak susah sangat kerana ramai guru yang mengambil bahagian.

Hadiah juga tanpa modal. Iaitu timbunan coklat yang diberi dan dikumpul. Saya membuka penyertaan guru, jika mereka menyertainya, mereka perlulah memberi minima 2 bar (medium size) coklat. Dan kami berjaya mengumpul lebih dari 100 bar coklat kerana ada guru yang memberi sampai 6 bar coklat.

Fasa 1  : Meminta guru memberi gambar mereka ketika kecil. Gambar disusun agar mudah dilihat.

Fasa 2 : Sites VLE dibuka untuk undian. Borang undian kami menggunakan Google Form kerana memudahkan melihat keputusan.

Cubalah, pasti menarik dan menyeronokkan. 🙂

FrogVle

Soalan yang sering ditanya oleh pentadbir kepada admin ialah KENAPA KPI tak capai. Please lah kan, kenapa mereka dipersalahkan sedangkan KPI yang ditetapkan memerlukan kerjasama semua dan bukannya seorang individu. Ia adalah hak anak-anak yang perlu diberi oleh kita sebagai guru di sekolah.

Kerja admin membantu dan memberi idea tetapi mereka tiada kuasa mengarah itu dan ini. Kadang-kadang ada ketikanya admin cuba jalankan tugas tetapi tiada backup daripada pentadbir. Semuanya sepi bila task berkenaan lalu di feed Whatsapp / Telegram Official sekolah.

Terlalu banyak sekolah yang hebat penggunaan VLEnya adalah sekolah-sekolah yang mempunyai PENTADBIR yang bergerak sama dan memberi sokongan tanpa belah bahagi.

Untuk admin VLE, cara anda memastikan pentadbir amik tahu adalah dengan memberi pentadbir semua data yang diperlukan. Laporkan secara online atau Offline.

Di Kuala Lumpur, KPI VLE dihantar melalui email oleh BTPNKL dengan menyenaraikan semua sekolah di seluruh kuala lumpur bersama rakingnya.

Sebagai pentadbir sekolah, anda perlu melihat pencapaian sekolah masing-masing minggu demi minggu agar sebarang penambah baikan boleh dilakukan. Oleh itu, admin VLE perlulah menyediakan rumusan ikut sekolah masing-masing. Di sini saya ada satu contoh template yang boleh anda gunakan.

Untuk Zon Keramat, KPI negeri telah saya share setiap minggu untuk anda rujuk. Tak perlulah nak kira semula. Negeri lain saya tak pasti. Kalau tiada, bolehlah kira sendiri sebab KPI negeri mudah dilihat dan dikira.

Jika anda perlukan SOFCOPYnya, boleh lah anda perolehinya di sini

<< MUAT TURUN BORANG >>

Kongsikan KPI ini bersama pentadbir. Jangan hadap sorang-sorang ya admin. Bincang dengan pentadbir apa perlu dilakukan kerana warna MERAH itu kurang baik tau.

Borang saya ni tak perlu isi simbol % dan ianya auto kira untuk purata setiap bulan.

Semoga memberi manfaat kepada semua 🙂

Ceritaku, SMKRA

TIDURLAH ZATIKA SELAMANYA

Bagai tersentak, membaca coretan di muka buku. Kebetulan sedang scrool muka buku dan ketika itu status di bawah terkeluar. Berkali-kali baca, bimbang tersalah baca. Terfikir juga mungkin Zatika bergurau kerana memang sifat dia begitu, bergurau senda sentiasa. Tapi bila minda waras kembali menjelma, ianya bukanlah gurauan malahan kenyataan.

Kali terakhir saya bertemu dengan sahabat setempat kerja ini ialah pada 4 Mac 2017 yang lalu. Genap seminggu sebelum beliau menghembutkan nafas terakhirnya. Saya sampai di kenduri kahwin anak Puan Adiah ketika itu dan duduk semeja dengan En. Harman & isteri. Selesai makan nasi, saya bangun ambil ABC dan kuih muih dan ternampak Zatika bersama suami di meja lain sedang makan. Saya terus duduk di sisi beliau. Bersembang, bercerita kondisi beliau dan update situasi di sekolah kerana beliau memang sangat sayangkan sekolah. Ralat rasa hati kerana tidak bergambar dengan beliau ketika itu. Namun begitu, ada hajat hati arwah yang perlu direalisasi.

Saya tidak mengenali secara mendalam kerana ketika saya masuk mengajar di SMKRA, arwah sudah mula bercuti On dan Off kerana menjalani rawatan. Namun ketika arwah hadir bekerja, mengalahkan orang yang sihat. Beliau antara yang cuba sedaya upaya dengan cara tersendiri untuk melaksanakan VLE-FROG lebih dari mereka yang sihat sejahtera. Masih ingat ketika sakit, beliau akan mintak izin LEFT GROUP sekolah. Bila rasa bosan, beliau akan minta ADD beliau dalam group. Inilah Zatika. Masa orang sibuk terima HP Yes, walaupun ketika itu cuti, arwah keep texting me asking ada ke kerja perlu dibuat dengan telefon itu. Tiap kali pengumuman dibuat di group sekolah berkaitan dengan ICT, mesti dia akan PM saya personally bertanya apa perlu dia lakukan.

Saya sudah minta izin arwah sejak tahun lepas untuk menulis berkenaan dengan arwah agar menjadi panduan dan semangat buat orang lain dan beliau memang gembira. Tetapi masa saya memang sangat terhad menyebabkan saya belum sempat menulis. Namun bahan semua saya sudah simpan untuk saya tulis bila masa mengizinkan.

Arwah seorang yang sangat kuat, saya suka melihat semua yang dicoret sepanjang perjalanan arwah menjalani hidup ini sebagai seorang pesakit kanser. Beliau membuat keputusan untuk berkongsi semua cerita berbanding sesetengah orang yg bersembunyi di balik jendela dan meratapi derita yang dialami. Wanita ini baru sahaja menyambut hari jadinya.

Sebenarnya, arwah baru sahaja selesai kimoterapi untuk kesekian kalinya, pada 15 Feb 2017. Saya yakin ketika ini arwah memang sedang sakit kesan sampingan dari kimoterapi tetapi tengoklah bagaimana telatah arwah, masih lagi boleh ketawa dan bersenda gurau. Arwah hadir ke Majlis Persaraan Cikgu Harman di SMKRA. Ketika itu arwah memakai MASK menyebabkan tidak dapat melihat jelas raut wajah arwah tetapi mata itu memang kelihatan agak cengkung sedikit.

Kenduri anak Pn. Adiah pada 4 Mac 2017 iaitu hari Sabtu, dan Isnin berikutnya pada 7hb Mac 2017 arwah dimasukkan ke Hospital. Rupanya inilah kali terakhir arwah akan berada di hospital. Keluar masuk hospital itu perkara biasa buat seorang pesakit kanser. Tiada yang luar biasa tapi setiap kali melihat status keluar, doa kami tidak pernah putus buat sahabat ini. Tiada lagi yang mampu kami lakukan.

Anak-anak segalanya buat arwah, cuba semampunya menggembirakan dan melayan kerenah anak. Dalam pada sakit tu sempat lagi bergurau. Video-video pendek arwah ketika di hospital sangat menghiburkan hati dan buat kita tersenyum. Kadang-kadang buat kita lupa kesakitan yang sedang arwah alami.

Arwah ketika hayatnya membuat keputusan untuk berkongsi semua perjalanan arwah ketika bertarung nyawa dengan serangan demi serangan penyakit kanser ini. Dua album penuh yang dibuat khas untuk cerita ini.

Setelah menjalani pembedahan, arwah memulakan rawatan kimoterapi pada 29/10/2013.  Arwah menulis pengalaman tersebut.

Tidak sampai sebulan, arwah menjalani proses kimoterapi yang kedua. Lihatlah betapa kuatnya arwah. Kelihatan sangat ayu dengan rambut palsu. Senyum tak pernah lekang.

Arwah terus kuat untuk proses kimoterapi yang seterusnya.

2013 – 2016 hampir 40 proses kimoterapi dijalani sehinggalah tulisan panjang lebar di bawah ini tular di media sosial awal tahun ini.

Arwah sangat suka bercuti dan mengambil gambar. Bukan arwah sahaja, anak-anak dan suami juga pandai mengambil gambar kerana gambar-gambar percutian beliau, sering memukau.

Ini antara gambar kenangan yang sangat mempersona pada saya.

Percutian arwah sekeluarga yang terakhir dicoretkan di mukabuku. Ketika itu mungkin arwah sudah tidak kuat untuk berjalan jarak jauh kerana arwah kata sudah puas. Coretan percutian dicatat rapi dan di tanda.

Satu hasrat arwah yang saya akan ingat dan akan cuba realisasikan bersama rakan-rakan SMKRA walaupun akan banyak rintangan, arwah nak sangat buat FREE MARKET lagi. -.-

 

Zatika, akak tahu, Zatika adalah kesayangan Allah kerana itulah Zatika terpilih untuk menerima ujian ini. Begitu juga suami dan anak-anak yang pasti merasai kehilangan ini. Kami tahu Zatika pasti pergi tapi bukanlan secepat ini. Namun begitu, doa kami hanya untukmu sahabat. Terima kasih Allah mengizinkan kami semua mengenali ZATIKA IZWANI.

 

Gambar profile terakhir yang Zatika tukar melambangkan betapa arwah sedang bertarung dan menjadi wira di hati semua yang mengenali.

Tidurlah adikku Zatika Izwani. Tidur yang panjang. Tidur yang tak akan bangun lagi. Tewasnya seorang yang kental dan penuh mengajar kami erti sebuah perjuangan.

Takziah buat seluruh keluarga Cikgu Zatika Izwani.

Jika anda terbaca pos ini, sedekahkan Al-Fatihah buat Zatika Izwani.

 

TIPS

RAHSIA BUTANG INFO DALAM GOOGLE DRIVE ANDA

Kalau anda pengguna tegar Google Drive, mungkin anda perasan dengan butang di bawah. Pernahkah anda tahu apa fungsinya?

Butang ini sebenarnya sangat berguna terutama anda adalah seorang yang perlu memantau kegiatan di dalam google drive anda. Sebagai contoh, saya adalah seorang PK Kokurikulum dan saya melaksanakan pelaporan kokurikulum di sekolah dan saya ingin memantau sama ada guru telah laksananya pelaporan mereka sehari selepas perhimpunan, saya hanya perlu pergi ke dalam folder mereka dan klik pada butan INFO seperti gambar di atas saya akan dapat melihat aktiviti pada folder tersebut.

So tak boleh kelentong punya lah. Kata buat tapi sebenarnya tak buat. 😛

Contoh seperti di atas ini, saya buka folder utama UNIT BERUNIFORM. Maka dapatlah tengok bila terakhir folder ini di akses dan apa aktiviti mereka.

So, jangan main-main dengan butang INFO yang power ni.

Suka tak? Kalau suka sila lah LIKE, SHARE. 🙂

TIPS

Alhamdulillah. Hari ini berpeluang memberi sedikit perkongsian dengan semua pengetua Zon Sentul berkenaan dengan telefon bimbit yang dibekalkan di sekolah. Saya sangat berbesar hati diberi masa untuk bersama mereka yang hebat ini. Sedap biskut & coklat 🙂

Saya mulakan dengan memberi sedikit taklimat dan cara menggunakan telefon YES 4G. Mula-mula saya nak tunjuk bagaimana untuk menjadikan telefon ini sebagi HOTSPOT. Sebab itulah fungsi utama kenapa phone ini diberikan kepada kita. Malangnya hanya beberapa orang pengetua sahaja yang dapat ikut sebab apa? Sebab skrin mereka tak sama macam saya. Mereka tiada pun ikon HOTSPOT pada skrin mereka. Puas saya fikir, dan saya dapat jawapannya.

Antara mereka ini baru sahaja ON telefon. Ada yang baru keluarkan dari kotak. Yang tak bawa pun ada. Hahaha.  Kalau pengetua2 phonenya begini, maknanya cikgu di sekolah juga ada masalah yang sama. Mereka TIDAK UPDATE telefon mereka. So, saya akan berikan panduan ini kepada semua bagaimana nak pastikan sistem telefon bimbit YES Altitude ini berfungsi dengan lebih baik dengan perkara2 baru yang perlu dikemaskini kerana kita tahu tetapan kilang pasti banyak batasan.

Jom tengok.

  1. Pergi Setting

    |

  2. Scroll ke bawah sekali. Cari perkataan “About Phone”

    .

  3. Klik “System Update

  4. Klik pada “Check new version“.

  5. Kemudian pastikan anda ON dua butang di bawah.
  6. Selesai UPDATE, akan ada notifikasi seperti di bawah.

  7. Setelah selesai UPDATE, barulah menu anda akan kelihatan seperti ini.

Sebenarnya semua telefon bimbit pintar anda perlu di update sistemnya. Cuma caranya berbeza.

Barulah muncul HOTSPOT di atas tu dalam menu di atas.

Apa? Tak dapat menu ni? Anda hanya perlu tarik dari atas ke bawah skrin tu sebanyak dua kali. Satu kali untuk notifikasi dan ke dua untuk mengeluarkan menu di atas. Selamat mencuba!

FrogVle

VLE-FROG – CARA MUAT TURUN DATA APDM UNTUK IMPORT ID FROG PELAJAR

Para admin sekarang mungkin tengah sibuk dengan pelagai urusan kan. Ada yang dah nak IMPORT data pelajar ke dalam VLE ke? Di sini saya sediakan sedikit panduan cara nak memuat turun data dari APDM. Kalau korang tak ada ID APDM, silalah minta mereka yang menguruskan data ini MUAT TURUN data ini seperti yang saya tunjuk dan serahkan data kepada anda.

Bagaimana caranya? Tengok gambar kat bawah ni.

Selepas anda login,

  1. Klik Muat Turun Data
  2. Klik link yang tulis KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON KESELURUHAN DATA MURID SEKOLAH

  3. Isikan semua bahagian ini sebab nak rekod sebab bukan senang nak ambil data ni. SULIT. So cikgu gunakan untuk tujuan yang betul sahaja.
  4. Setelah selesai isi, kliklah butang MOHON DATA MURID.

  5. Setelah maklumat di isi, klik butang KLIK UNTUK MUAT TURUN

Setelah data dimuat turun, anda akan dapat fail dalam bentuk yang dikehendaki oleh VLE-Frog. Macam ni lebih kurang formatnya.

Jangan ubah apa-apa. Tapi saya punya masalah semasa saya nak IMPORT data ini kerana dia REJECT dengan alasan seperti berikut.

Puas saya fikir kenapa. So saya try and error. File yang dimuat turun adalah dalam format .xls dan saya cuba untuk SAVE AS menjadi .xlsx dan akhirnya berjaya!

Nombor 1 ialah fail asal dan nombor 2 adalah setelah saya SAVE AS. Selamat Mencuba!!

TIPS

10 TANDA-TANDA KOMPUTER ANDA DIJANGKITI VIRUS

Jika dikumpulkan OS diseluruh dunia, windows merupakan yang paling popular dan paling banyak digunakan kerana sifatnya yang friendly. Dek kerna kepopularitinya itu, ianya mempunyai kelemahan tersendiri seperti jangkitan virus, Trojan, malware dan yang terbaru Ransomware.

Sukar bagi mengetahui apakah computer anda telah dijangkiti virus atau tidak, namun petanda yang ketara ialah automatic restart dengan kerap hang up.

Berikut disenaraikan 10 tanda-tanda awal jangkitan virus pada computer anda.

1 – Computer itu sendiri terlalu slow. Apabila membuka sesuatu applikasi / software akan mengambil masa yang sangat lama.

2 – Tiada yang bertindakbalas. Contohnya anda terpaksa click Microsoft words 8 ke 9 kali sebelum ianya berjaya dibuka atau click benda lain, benda lain yang dibuka.

3 – System akan reboot, crash, not responding, freeze secara tiba-tiba. Perlu off dan on semula.

4 – Antivirus programme, Firewall semuanya tidak berfungsi atau disable dengan sendirinya.

5 – Anda gagal untuk mengakses internal disk dan hark disk mahupun USB

6 – Masa itulah tetiba tak leh nak print, bila check printer semua okay

7 – Masa ni mula menampakan segala macam amaran yang keluar secara pop up. Contoh warning adalah seperti YOUR COMPUTER MAY BE AT RISK.

8 – Lepas tu mula la muncul bermacam-macam iklan dalam bentuk pop up advertisement (unexpected) atau tiba-tiba ada, tiba-tiba tak ada.

9 – Bermula masalah apabila GAGAL untuk install apa sahaja applications including antivirus. Masa ini nak pasang antivirus pun dah tak boleh sebab system not allowed.

10 – Paling kritikal apabila anda melihat semua gambar-gambar icon di destop hilang satu per satu, yang tinggal hanyalah nama. Seperti Harimau mati meninggalkan belang..

Kalau ada tanda-tanda tersebut, silalah ambil tindakan yang sepatutnya, jangan dah sampai ke no 9 baru nak sedar computer tu ada virus. Jangan sampai Antivirus pun dia tak nak terima. Jalan penyelesaian terakhir adalah Format.

 

Sumber : Telegram ICT Tips & Tricks

TIPS

APA FUNGSI AIRPLANE MODE?

Saya telah mencuba dan ternyata apa yang telah dinyatakan adalah benar. Saya terbaca rencana berkenaan airplane mode ini di Telegram. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

AIRPLANE MODE

Ada yang tertanya-tanya apakah fungsi sebenar airplane mode yang terdapat pada smartphone pada hari ini. Semasa menaiki penerbangan anda disarankan untuk MEMATIKAN semua peralatan elektronik seperti laptop dan smartphone dan bukanya mengaktifkan airplane mode.

Sebenarnya anda boleh menghidupkan airplane mode pada laptop (windows 10 provide this service) dan smartphone semasa dalam penerbangan. Mungkin kerana hendak memudahkan arahan, Syarikat penerbangan di Malaysia mengkehendaki kita mematikan laptop dan smartphone semasa dalam penerbangan.

Apakah tujuan Airplane mode?
Mode ini bertujuan untuk mematikan sambungan wifi, Bluetooth dan paling penting ialah rangkaian radio selular (network operator). Kesemua sambungan ini PENTING untuk dimatikan kerana berupaya menggangu isyarat penerimaan di antara menara kawalan dan pesawat. Jika sebuah smartphone tidak mungkin menggangu isyarat, akan tetapi jika 100 buah smartphone?

Mahukah anda menjadi mangsa kemalangan udara yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda?

Itulah sebab utama Airplane mode dicipta.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG AIRPLANE MODE

1. Aiplane mode masih membenarkan anda mendengar music, bermain game dan menonton video
2. Wifi masih boleh digunakan ketika mode ini diaktifkan akan tetapi wifi yang disediakan di dalam pesawat sahaja.
3. Menjimatkan battery anda ketika bermain game dan mengelakkan advertisement.
4. Mengecas smartphone lebih pantas dari biasa (Fast Charging)
5. Jika battery nak habis, dan tiada power bank. Enable mode ini. Tak perlu off smartphone
6. Jika rangkaian network anda teruk (intermittent access) iaitu kejap ada line kejap hilang, enable mode ini beberapa saat dan disable kembali, network anda akan kembali seperti biasa.
7. Memanjangkan kuasa battery smartphone anda semasa travel. Tak ada isu draining power.

Dan jika anda mengaktifkan Airplane mode semasa penerbangan, itu tidak menjadi kesalahan.

 

Sumber : Telegram ICT Tips & Tricks

TIPS, Tutorial

Tips Latihan Google Form

Sekarang dah jadi satu fenomena di mana ramai guru mula membuat soalan latihan menggunakan Google Form. Ianya menarik, mudah dan boleh dikongsi bersama. Ramai dah mula berkongsi link soalan yang dibina. Yang belum cuba tu jangan lah malu nak cuba. Tak pandai, belajar lah, join group2 telegram belajar aplikasi seperti ini atau boleh juga hadiri kursus2 yang diberi percuma seluruh negara. Kalau tak percumapun, berbayar murah-murah apa salahnya, ilmu… Kalau kita sama-sama sumbangkan bahan, lagi best. Iangat pepatah kata tu, tangan memberi lebih baik dari menerima. Yang penting kena ada niat nak belajar! Jangan sentap ye dik. Peace!

Saya ada baca artikel satu waktu dulu berkenaan soalan di dalam Google Form. Masa tu sayang sedang asyik membuat soalan latihan untuk diberi kepada pelajar. Jangan main-main, ada 40 soalan tu. Jenuh pelajar nak mengadap. Bayangkan kalau dah jawab 30 soalan dan internet terputus atau eletrik tak dok, macam mana tu? Nangis lah nak mulakan semula. So dalam article tersebut ada menulis bahawa kita jangan buat lebih dari 10 soalan setiap set terutama yang perlu pelajar memikir. Kita bahagikan soalan kita kepada set-set. Katakan ada 40 soalan, kita asingkan menjadi 4 set. Tetapi setiap set itu kita letakkan link kepada SET seterusnya. Maknanya pelajar boleh lah nak ke tandas ke, apa ke kan? Macam mana nak buat?

  1. Buat form soalan seperti biasa tapi title tu tulis lah
    SET 1 – PART 1
    SET 1 – PART 2
    SET 1 – PART 3
    SET 1 – PART 4
  2. Dibahagian akhir SET 1 – PART 1, kita masukkan LINK untuk ke SET 1 – PART 2.2016-10-16-1
  3. Sebagai contoh, di atas adalah form saya SET 1 – PART 2. Saya dapatkan LINK form tersebut untuk di masukkan ke dalam RESPOND pada form SET 1 – PART 1. So maknanya, apabila pelajar habis menjawab SET 1 – PART 1, mereka akan terus dapat LINK untuk meneruskan SET 1 – PART 2.Di bawah ini adalah bangaimana saya buat pengumuman di akhir form SET 1 – PART 1. Anda perlu pergi dekat SETTINGS dan pilih PRESENTATION dan di bahagian CONFIRMATION MESSAGE tu bolehlah tulis dan taip pesanan dan juga LINK yang kita dah COPY tadi.

    Pesanan saya, tulis panjang sikit pesanan kasih sayang ni agar pelajar baca. 🙂

    2016-10-16-2

  4. Bila pelajar menjawab SET 1 – PART 1, akan keluarlah paparan seperti di bawah.2016-10-16-3
  5. Buatlah ulangan ini sampat habis PART 2 anda. Dan di bahagian akhir PART 4 nanti tulislah pesanan seperti anda selesai set 1. Atau mungkin anda boleh masukkan semua linik PART 1, PART 2, PART 3 dan PART 4 agar pelajar boleh semak semula sama ada mereka dah jawab atau belum semua set. Iatu ikut suka cikgulah nak buat macam mana.

Semoga memberi idea agar pelajar kita tak lah terlalu tegang dan keletihan. Semoga bermanfaat!

TIPS, Tutorial

COPY GDOC KE GFORM DENGAN PANTAS

Biasanya kita dah banyak stok soalan dari Microsoft Word. Kita nak jadikan soalan ini lebih mudah di akses secara online. Biasanya kita buat split skrin dan copy paste kan? Apa yang saya dapat ni pun macam COPY PASTE juga tapi lebih mudah. Apa yang perlu di lakukan ye? Jom follow.

  1. Masukkan soalan Ms Word anda ke dalam Google Drive.
  2. Convertkan fail tersebut kepada bentuk Google Doc. (Hint : Klik kanan pada fail MS Word tersebut. Akan keluar menu.

    2016-10-15-10

    Ikut sahaja step dalam gambar di atas. Nanti akan ada fail yang telah di convert tu ya.

  3. Open Google Doc tersebut. Anda perlu masukkan satu ADD-ONS yang dinamakan sebagai DOC TO FORM. Lihat stepnya seperti di bawah.

    2016-10-15
    2016-10-15-1

    Taip di ruangan SEARCH di atas perkataan DOC TO FORM dan tekan ENTER. Akan ada pilihan seperti di atas. Klik sahaja perkataan FREE. Nanti akan keluar satu REQUEST for PERMISSION dan ada klik sahaja ALLOW (seperti gambar di bawah). Benda ni keluar sekali je. Nanti ADD-ONS ni akan ada dalam Google Doc anda.

    2016-10-15-2
    Untuk pengetahuan anda semua, proses tambah ADD-ONS ini dilakukan sekali sahaja. Next time anda nak buat soalan dari doc ke form ini, ADD-ONS ini dah ada dan abaikan sahaja proses memasukkan ADD-ONS ini.

    2016-10-15-3
    Setelah selesai, akan ada satu notifikasi mengatakan ADD-ONS dah berjaya dimasukkan.

  4. Untuk meneruskan proses, anda klik pada menu ADD-ONS kemudian pilih Doc To Form dan kemudian pilih Create Form from Doc (seperti gambar di atas).
  5. Setelah itu, akan keluar tab disebelah kanan untuk memulakan kerja.

    2016-10-15-4
    Anda boleh lihat di sebelah kanan dan arahan mudah difahami. Untuk memasukkan soalan pertama, anda highlight soalan pada Google Doc anda. Di tempat bekerja sebelah kiri, anda pilih USE SELECTED TEXT. Jenis soalan boleh di pilih di bahagian TYPE.

  6. Jika memilih jenis soalan MULTIPLE CHOICES, anda perlu masukkan pilihan jawapan dan tambah simbol ; (semicolons) di akhir setiap pilihan.

    2016-10-15-5

  7. Untuk menambah soalan seterusnya, anda klik sahaja Add Question.
  8. Setelah selesai semua soalan dikehendaki, anda klik pada CREATE FORM. Peringatan kepada anda semua, nama form akan ikut nama Google Doc anda dan lokasi Google Form ini adalah di dalam MY DRIVE di Google Drive anda.

    2016-10-15-7

  9. Untuk melihat FORM yang dibina anda boleh klik pada VIEW FORM. Anda akan di bawa melihat FORM yang telah di bina.

    2016-10-15-8

  10. Bolehlah anda edit Form tersebut seperti biasa. Nak masukkan gambar ke, rajah ke. Bolehlah buat di sini. Cubalah ya.

Kalau soalan anda bergambar, anda boleh edir kemudian sebab dalam ADD-ONS tu memang tak leh lah nak masukkan gambar ke carta ke.

 

TIPS

PT3 dah tamat. Macam biasa, nanti hangat nak memilih elektif dan nak masuk kelas mana. Ada sekolah yang kadang-kadang permintaan tinggi untuk masuk ke kelas sains atau kelas-kelas yang menawarkan matapelajaran Matematik Tambahan. Keputusan PT3 dapat Math D or E pun nak amik kelas akaun yang menawarkan Matematik Tambahan. Sampai bawa ahli keluarga kadang-kadang merayu. So ujian saringan kemahiran asas ini memudahkan cikgu-cikgu membuat penilaian dan mengumpul data. Ujian ini perlu dibuat dalam masa 30 minit. Markah akan terus dipaparkan setelah pelajar selesai menjawab.

Cikgu boleh ambil borang ini jika mahu laksanakannya. Borang ini adalah hasil dari rakan guru kita juga. Cikgu boleh klik dan borang ini akan jadi milik cikgu dan cikgu boleh dapatkan datanya. Ianya akan berada di dalam Google Drive cikgu. Cikgu juga boleh edit ikut keperluan.

https://docs.google.com/a/yes.my/forms/d/1x2KzxK7v584bvfq9XKDG-2SoPM_NQc4q_oEgo7PrEhg/copy

Terima kasih Cikgu Hayati Aini Ahmad dari SMK Bandar Baru Sungai Long. Beliau telah mengambil masa lebih dari  sebulan untuk menghasilkan form ini kerana masih dalam fasa cuba-cuba dan sekarang hasilnya sangat memberansangkan. Tahniah dan terima kasih cikgu.

Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, silalah LIKE & SHARE agar terus dikongsi oleh semua orang dan bermanfaat buat semua.

TIPS, Tutorial

Kadang-kadang bila kita dah siapkan satu-satu borang atau pun soalan kuiz menggunakan Google Form, kita nak share kan bahan dengan kawan-kawan lain, kita bimbang jika mereka usik atau ubah form kita. Makanya sama ada kita make a copy manual atau pun kita share sahaja borang tu dengan mereka.

Kalau kita buat kuiz, siap dengan jawapan, so pelajar memang boleh jawab dan dapat feedback terus tapi sebagai guru, kita nak lah jugak tengok performance pelajar dan menerekodkan pencapaian mereka. Kalau kita hanya mempunyai soalan gform tanpa akses database di belakangnya, kita tak dapat nak buat analisa dan database yang ada pada tuan punya form pasti lah beribu2 lemon kalau form dia dah tersebar luas. Nak buat analisa pun susah juga. So ada cara kita nak bagi form kita kat kawan-2 agar dia bolehlah manipulasi soalan atau borang tersebut. Caranya mudah sahaja.

TUKAR SETTING PERMISSION FORM TU

2016-10-14-5

2016-10-14-3

DEKAT FORM KITA TU, COPY SEMUA LINK (EDIT MODE TAU)

1

COPY PASTE LINK TU, BAHAGIAN BELAKANG YANG ADA PERKATAAN EDIT KITA TUKARKAN DENGAN PERKATAAN COPY.

2

NANTI BILA ORANG KLIK LINK BARU KITA, MEREKA AKAN DAPAT PAPARAN DI BAWAH

3

So, bila butang MAKE A COPY di klik, makanya satu salinan borang atau soalan akan masuk ke dalam Google Drive orang yang MAKE A COPY tu. Kalau mereka nak edit form tu pun dah boleh. So kita tak risau dah data maupun borang kita rosak. Cuma sebagi peringatan, sebelum orang yang nak MAKE A COPY ni nak klik, pastikan dah login dengan ID yang betul. ID sendiri. Nanti guna komputer orang, masuk dalam GDrive orang lain dan mulalah menano cari mana letak. Lepas tu FORM tu dah jadi ANTA yang punya.

Kalau rasa bermanfaat, SHARE lah ngan kawan-kawan yang lain. Klik SHARE LIKE SHARE LIKE.

Kalau nak tau, teknik ni terpakai bukan untuk Google Form sahaja tapi untuk semua… Google Doc, Google Sheets, Google Drawing, Google Slides. Best ke idok? Jangan kata kak tak payung dik. 😛

BBM, FrogVle

Kepada Cikgu SPM, anda boleh gunakan link ini dan guna WIDGET embed website di dalam SITES VLE anda. Selesai pelajar menjawab soalan, mereka akan terus menerima FEEDBACK. Cikgu tak perlu tanda. Boleh dijadikan latihan kepada pelajar cikgu menjelang peperiksaan SPM.

SET SOALAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM)
1. SET 1: https://goo.gl/forms/kbQqGJ7J070997zF3
2. SET 2: https://goo.gl/forms/INceeNR92vDsEal52
3. SET 3: https://goo.gl/forms/QoEvOqSiLgH5Lxix1
4. SET 4: https://goo.gl/forms/zcelWgis6vyCx7qF2
5. SET 5: https://goo.gl/forms/Bzdj85DlQy5jPR2J2
6. SET 6: https://goo.gl/forms/jGubsKae6LPk7bSX2
7. SET 7: https://goo.gl/forms/HpAjWJEPrp4IykOz2
8. SET 8: https://goo.gl/forms/EWp3MSKyeoXya3j82
9. SET 9: https://goo.gl/forms/95nVzUZiuS2oUAY02
10. SET 10: https://goo.gl/forms/RZqUDdCAHPj23z0g1

Terima kasih kepada rakan guru yang menghasilkan bahan ini.

CIKGU SOBRIE BIN LAMUDIN – SMK TONGOD
CIKGU ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH – SMK JENJAROM

 

PS : Cikgu-cikgu yang gunakan bahan ini, doakan agar kedua cikgu ini diberkati Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih ya cikgu. Semoga ramai mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Technology

Microsoft telah menawarkan kemaskini Anniversary Update bagi meraikan setahun selepas pelancaran  untuk Windows 10. Ia hadir dengan beberapa pembaharuan bagi menambahbaik pengalalaman sistem operasi terulung daripada Microsoft ini. 10 fungsi terbaik yang anda boleh dapati pada kemaskini Windows 10 Anniversary Update,

  1. Lock Screen

    Paparan login screen telah diserlahkan dengan kehadiran latar belakang yang sama seperti yang terdapat pada lock screen. Anda juga boleh mengubah latar belakang ini pada halakan Settings > Personalization > dan klik pada Lock Screen untuk memilih latar belakang pilian anda.

  2. Start Menu

    Telah diberi sedikit perubahan yang mana kini telah menampilkan butang Power, Settings dan folder peribadi pada bahagian kiri. Perubahan ini telah memudahkan pengguna untuk melihat senarai aplikasi pada Start tanpa perlu lagi menekan butang “All apps” seperti versi awal Windows 10.

  3. Action Centre

    Paparan Action Centre juga telah diberi pembaharuan kecil yang mana membawakan paparan thumbnail pada notification yang hadir. Apabila diteliti pada bahagian hujung kanan taskbar, ia kini memaparkan bilangan notifikasi yang masih belum dilihat pengguna.

  4. Cortana

    Fungsi Cortana yang mana kini lebih diintegrasikan di dalam aplikasi. Apabila anda menggunakan Microsoft Edge, Cortana akan memberikan anda carian pintar dan berkebolehan memaparkan lirik lagu ketika memainkan video di Youtube. Cortana juga mampu menukar tulisan tangan pada Sticky Notes kepada reminder secara automatik tanpa perlu menyiapkan secara manual.

  5. Windows Ink

    Salah satu fungsi yang diberi perhatian adalah fungsi khusus untuk mengguna stylus. Ia menyediakan beberapa fungsi seperti Sticky Notes, Sketchpad dan Screen Sketch bagi membolehkan anda melakar dan mancatat sesuatu pada Windows tanpa sebarang aplikasi tambahan. Anda boleh mengaktifkankanya dengan right click pada taskbar > klik pada “Show Windows In Workspace button” > dan klik pada ikon Windows Ink pada bahagian kiri jam di taskbar.

  6. Mobile Hotspot

    Fungsi Mobile Hotspot bagi memudahkan pengguna berkongsi sambungan internet dari komputer ke peranti lain. Anda boleh memilih beberapa saluran sambungan seperti internet daripada WiFi dan ethernet untuk dijadikan WiFi hotspot. Untuk mengaktifkannya, pergi ke halaman Setting > Network & Internet > Mobile hotspot > dan aktifkannya dengan klik On. Anda juga boleh menukar nama dan kata laluan hotspot anda dengan membuat klik pada Edit.

  7. Kebolehan memaparkan notifikasi dari telefon ke PC

    Membolehkan peranti Android dan Windows 10 Mobile anda memaparkan notifikasi secara terus ke PC yang menjalankan Windows 10. Untuk menjayakan menggunakan peranti Android, anda perlu mendapatkan aplikasi Cortana dan menggunakannya dengan akaun yang sama pada Cortana di komputer.

  8. Windows Hello untuk aplikasi dan web

    Mengintegrasikan penggunaan Windows Hello iaitu fungsi kawalan biometrik ke dalam aplikasi dan web. Ini bermakna, anda boleh menggunakan cap jari atau mata anda ketika membuat log masuk atau mengesahkan pembelian tanpa perlu bergantung pada penggunaan kata laluan.

  9. Sokongan ‘dark mode’ pada Settings dan aplikasi terbina

    Membolehkan antaramuka Settings dan sejumlah aplikasi terbina dipaparkan dalam tema berwarna gelap. Untuk mengaktifkannya, pergi ke halaman Setting > Personalization > Colors > dan klik butang Dark pada bahagian ‘Choose your app mode

  10. Sokongan Extensions pada Microsoft Edge

    Menawarkan sokongan extensions pada Microsoft Edge yang membolehkan anda memasang pemalam pihak ketiga seperti AdBlock Plus. Untuk memuat turub extensions, klik butang ‘tiga titik’ pada tollbar Microsoft Edge > Extensions > dan klik pada “Get extensions from the Store”

Secara keseluruhannya, update kali ini telah membawakan pengalaman penggunaan yang lebih sempurna bagi komputer yang menjalankan Windows 10. Ia turut menawarkan prestasi yang lebih pantas dan stabil berbanding keluaran terdahulu.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan kemaskini ini, anda boleh mendapatkannya pada Halaman Settings > Update & security > dan klik pada “Check for updates”.


Tulisan asal oleh Arib Ismail
Majalah PC
Edisi 236 Ogos 2016