MENU SAYA TAK SAMA – PHONE ALTITUDE – YES 4G

Alhamdulillah. Hari ini berpeluang memberi sedikit perkongsian dengan semua pengetua Zon Sentul berkenaan dengan telefon bimbit yang dibekalkan di sekolah. Saya sangat berbesar hati diberi masa untuk bersama mereka yang hebat ini. Sedap biskut & coklat 🙂

Saya mulakan dengan memberi sedikit taklimat dan cara menggunakan telefon YES 4G. Mula-mula saya nak tunjuk bagaimana untuk menjadikan telefon ini sebagi HOTSPOT. Sebab itulah fungsi utama kenapa phone ini diberikan kepada kita. Malangnya hanya beberapa orang pengetua sahaja yang dapat ikut sebab apa? Sebab skrin mereka tak sama macam saya. Mereka tiada pun ikon HOTSPOT pada skrin mereka. Puas saya fikir, dan saya dapat jawapannya.

Antara mereka ini baru sahaja ON telefon. Ada yang baru keluarkan dari kotak. Yang tak bawa pun ada. Hahaha.  Kalau pengetua2 phonenya begini, maknanya cikgu di sekolah juga ada masalah yang sama. Mereka TIDAK UPDATE telefon mereka. So, saya akan berikan panduan ini kepada semua bagaimana nak pastikan sistem telefon bimbit YES Altitude ini berfungsi dengan lebih baik dengan perkara2 baru yang perlu dikemaskini kerana kita tahu tetapan kilang pasti banyak batasan.

Jom tengok.

  1. Pergi Setting

    |

  2. Scroll ke bawah sekali. Cari perkataan “About Phone”

    .

  3. Klik “System Update

  4. Klik pada “Check new version“.

  5. Kemudian pastikan anda ON dua butang di bawah.
  6. Selesai UPDATE, akan ada notifikasi seperti di bawah.

  7. Setelah selesai UPDATE, barulah menu anda akan kelihatan seperti ini.

Sebenarnya semua telefon bimbit pintar anda perlu di update sistemnya. Cuma caranya berbeza.

Barulah muncul HOTSPOT di atas tu dalam menu di atas.

Apa? Tak dapat menu ni? Anda hanya perlu tarik dari atas ke bawah skrin tu sebanyak dua kali. Satu kali untuk notifikasi dan ke dua untuk mengeluarkan menu di atas. Selamat mencuba!

VLE-FROG – CARA MUAT TURUN DATA APDM UNTUK IMPORT ID FROG PELAJAR

Para admin sekarang mungkin tengah sibuk dengan pelagai urusan kan. Ada yang dah nak IMPORT data pelajar ke dalam VLE ke? Di sini saya sediakan sedikit panduan cara nak memuat turun data dari APDM. Kalau korang tak ada ID APDM, silalah minta mereka yang menguruskan data ini MUAT TURUN data ini seperti yang saya tunjuk dan serahkan data kepada anda.

Bagaimana caranya? Tengok gambar kat bawah ni.

Selepas anda login,

  1. Klik Muat Turun Data
  2. Klik link yang tulis KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON KESELURUHAN DATA MURID SEKOLAH

  3. Isikan semua bahagian ini sebab nak rekod sebab bukan senang nak ambil data ni. SULIT. So cikgu gunakan untuk tujuan yang betul sahaja.
  4. Setelah selesai isi, kliklah butang MOHON DATA MURID.

  5. Setelah maklumat di isi, klik butang KLIK UNTUK MUAT TURUN

Setelah data dimuat turun, anda akan dapat fail dalam bentuk yang dikehendaki oleh VLE-Frog. Macam ni lebih kurang formatnya.

Jangan ubah apa-apa. Tapi saya punya masalah semasa saya nak IMPORT data ini kerana dia REJECT dengan alasan seperti berikut.

Puas saya fikir kenapa. So saya try and error. File yang dimuat turun adalah dalam format .xls dan saya cuba untuk SAVE AS menjadi .xlsx dan akhirnya berjaya!

Nombor 1 ialah fail asal dan nombor 2 adalah setelah saya SAVE AS. Selamat Mencuba!!

10 TANDA-TANDA KOMPUTER ANDA DIJANGKITI VIRUS

Jika dikumpulkan OS diseluruh dunia, windows merupakan yang paling popular dan paling banyak digunakan kerana sifatnya yang friendly. Dek kerna kepopularitinya itu, ianya mempunyai kelemahan tersendiri seperti jangkitan virus, Trojan, malware dan yang terbaru Ransomware.

Sukar bagi mengetahui apakah computer anda telah dijangkiti virus atau tidak, namun petanda yang ketara ialah automatic restart dengan kerap hang up.

Berikut disenaraikan 10 tanda-tanda awal jangkitan virus pada computer anda.

1 – Computer itu sendiri terlalu slow. Apabila membuka sesuatu applikasi / software akan mengambil masa yang sangat lama.

2 – Tiada yang bertindakbalas. Contohnya anda terpaksa click Microsoft words 8 ke 9 kali sebelum ianya berjaya dibuka atau click benda lain, benda lain yang dibuka.

3 – System akan reboot, crash, not responding, freeze secara tiba-tiba. Perlu off dan on semula.

4 – Antivirus programme, Firewall semuanya tidak berfungsi atau disable dengan sendirinya.

5 – Anda gagal untuk mengakses internal disk dan hark disk mahupun USB

6 – Masa itulah tetiba tak leh nak print, bila check printer semua okay

7 – Masa ni mula menampakan segala macam amaran yang keluar secara pop up. Contoh warning adalah seperti YOUR COMPUTER MAY BE AT RISK.

8 – Lepas tu mula la muncul bermacam-macam iklan dalam bentuk pop up advertisement (unexpected) atau tiba-tiba ada, tiba-tiba tak ada.

9 – Bermula masalah apabila GAGAL untuk install apa sahaja applications including antivirus. Masa ini nak pasang antivirus pun dah tak boleh sebab system not allowed.

10 – Paling kritikal apabila anda melihat semua gambar-gambar icon di destop hilang satu per satu, yang tinggal hanyalah nama. Seperti Harimau mati meninggalkan belang..

Kalau ada tanda-tanda tersebut, silalah ambil tindakan yang sepatutnya, jangan dah sampai ke no 9 baru nak sedar computer tu ada virus. Jangan sampai Antivirus pun dia tak nak terima. Jalan penyelesaian terakhir adalah Format.

 

Sumber : Telegram ICT Tips & Tricks

This entry was posted in TIPS and tagged .

APA FUNGSI AIRPLANE MODE?

Saya telah mencuba dan ternyata apa yang telah dinyatakan adalah benar. Saya terbaca rencana berkenaan airplane mode ini di Telegram. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

AIRPLANE MODE

Ada yang tertanya-tanya apakah fungsi sebenar airplane mode yang terdapat pada smartphone pada hari ini. Semasa menaiki penerbangan anda disarankan untuk MEMATIKAN semua peralatan elektronik seperti laptop dan smartphone dan bukanya mengaktifkan airplane mode.

Sebenarnya anda boleh menghidupkan airplane mode pada laptop (windows 10 provide this service) dan smartphone semasa dalam penerbangan. Mungkin kerana hendak memudahkan arahan, Syarikat penerbangan di Malaysia mengkehendaki kita mematikan laptop dan smartphone semasa dalam penerbangan.

Apakah tujuan Airplane mode?
Mode ini bertujuan untuk mematikan sambungan wifi, Bluetooth dan paling penting ialah rangkaian radio selular (network operator). Kesemua sambungan ini PENTING untuk dimatikan kerana berupaya menggangu isyarat penerimaan di antara menara kawalan dan pesawat. Jika sebuah smartphone tidak mungkin menggangu isyarat, akan tetapi jika 100 buah smartphone?

Mahukah anda menjadi mangsa kemalangan udara yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda?

Itulah sebab utama Airplane mode dicipta.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG AIRPLANE MODE

1. Aiplane mode masih membenarkan anda mendengar music, bermain game dan menonton video
2. Wifi masih boleh digunakan ketika mode ini diaktifkan akan tetapi wifi yang disediakan di dalam pesawat sahaja.
3. Menjimatkan battery anda ketika bermain game dan mengelakkan advertisement.
4. Mengecas smartphone lebih pantas dari biasa (Fast Charging)
5. Jika battery nak habis, dan tiada power bank. Enable mode ini. Tak perlu off smartphone
6. Jika rangkaian network anda teruk (intermittent access) iaitu kejap ada line kejap hilang, enable mode ini beberapa saat dan disable kembali, network anda akan kembali seperti biasa.
7. Memanjangkan kuasa battery smartphone anda semasa travel. Tak ada isu draining power.

Dan jika anda mengaktifkan Airplane mode semasa penerbangan, itu tidak menjadi kesalahan.

 

Sumber : Telegram ICT Tips & Tricks

Tips Latihan Google Form

Sekarang dah jadi satu fenomena di mana ramai guru mula membuat soalan latihan menggunakan Google Form. Ianya menarik, mudah dan boleh dikongsi bersama. Ramai dah mula berkongsi link soalan yang dibina. Yang belum cuba tu jangan lah malu nak cuba. Tak pandai, belajar lah, join group2 telegram belajar aplikasi seperti ini atau boleh juga hadiri kursus2 yang diberi percuma seluruh negara. Kalau tak percumapun, berbayar murah-murah apa salahnya, ilmu… Kalau kita sama-sama sumbangkan bahan, lagi best. Iangat pepatah kata tu, tangan memberi lebih baik dari menerima. Yang penting kena ada niat nak belajar! Jangan sentap ye dik. Peace!

Saya ada baca artikel satu waktu dulu berkenaan soalan di dalam Google Form. Masa tu sayang sedang asyik membuat soalan latihan untuk diberi kepada pelajar. Jangan main-main, ada 40 soalan tu. Jenuh pelajar nak mengadap. Bayangkan kalau dah jawab 30 soalan dan internet terputus atau eletrik tak dok, macam mana tu? Nangis lah nak mulakan semula. So dalam article tersebut ada menulis bahawa kita jangan buat lebih dari 10 soalan setiap set terutama yang perlu pelajar memikir. Kita bahagikan soalan kita kepada set-set. Katakan ada 40 soalan, kita asingkan menjadi 4 set. Tetapi setiap set itu kita letakkan link kepada SET seterusnya. Maknanya pelajar boleh lah nak ke tandas ke, apa ke kan? Macam mana nak buat?

  1. Buat form soalan seperti biasa tapi title tu tulis lah
    SET 1 – PART 1
    SET 1 – PART 2
    SET 1 – PART 3
    SET 1 – PART 4
  2. Dibahagian akhir SET 1 – PART 1, kita masukkan LINK untuk ke SET 1 – PART 2.2016-10-16-1
  3. Sebagai contoh, di atas adalah form saya SET 1 – PART 2. Saya dapatkan LINK form tersebut untuk di masukkan ke dalam RESPOND pada form SET 1 – PART 1. So maknanya, apabila pelajar habis menjawab SET 1 – PART 1, mereka akan terus dapat LINK untuk meneruskan SET 1 – PART 2.Di bawah ini adalah bangaimana saya buat pengumuman di akhir form SET 1 – PART 1. Anda perlu pergi dekat SETTINGS dan pilih PRESENTATION dan di bahagian CONFIRMATION MESSAGE tu bolehlah tulis dan taip pesanan dan juga LINK yang kita dah COPY tadi.

    Pesanan saya, tulis panjang sikit pesanan kasih sayang ni agar pelajar baca. 🙂

    2016-10-16-2

  4. Bila pelajar menjawab SET 1 – PART 1, akan keluarlah paparan seperti di bawah.2016-10-16-3
  5. Buatlah ulangan ini sampat habis PART 2 anda. Dan di bahagian akhir PART 4 nanti tulislah pesanan seperti anda selesai set 1. Atau mungkin anda boleh masukkan semua linik PART 1, PART 2, PART 3 dan PART 4 agar pelajar boleh semak semula sama ada mereka dah jawab atau belum semua set. Iatu ikut suka cikgulah nak buat macam mana.

Semoga memberi idea agar pelajar kita tak lah terlalu tegang dan keletihan. Semoga bermanfaat!

COPY GDOC KE GFORM DENGAN PANTAS

Biasanya kita dah banyak stok soalan dari Microsoft Word. Kita nak jadikan soalan ini lebih mudah di akses secara online. Biasanya kita buat split skrin dan copy paste kan? Apa yang saya dapat ni pun macam COPY PASTE juga tapi lebih mudah. Apa yang perlu di lakukan ye? Jom follow.

  1. Masukkan soalan Ms Word anda ke dalam Google Drive.
  2. Convertkan fail tersebut kepada bentuk Google Doc. (Hint : Klik kanan pada fail MS Word tersebut. Akan keluar menu.

    2016-10-15-10

    Ikut sahaja step dalam gambar di atas. Nanti akan ada fail yang telah di convert tu ya.

  3. Open Google Doc tersebut. Anda perlu masukkan satu ADD-ONS yang dinamakan sebagai DOC TO FORM. Lihat stepnya seperti di bawah.

    2016-10-15
    2016-10-15-1

    Taip di ruangan SEARCH di atas perkataan DOC TO FORM dan tekan ENTER. Akan ada pilihan seperti di atas. Klik sahaja perkataan FREE. Nanti akan keluar satu REQUEST for PERMISSION dan ada klik sahaja ALLOW (seperti gambar di bawah). Benda ni keluar sekali je. Nanti ADD-ONS ni akan ada dalam Google Doc anda.

    2016-10-15-2
    Untuk pengetahuan anda semua, proses tambah ADD-ONS ini dilakukan sekali sahaja. Next time anda nak buat soalan dari doc ke form ini, ADD-ONS ini dah ada dan abaikan sahaja proses memasukkan ADD-ONS ini.

    2016-10-15-3
    Setelah selesai, akan ada satu notifikasi mengatakan ADD-ONS dah berjaya dimasukkan.

  4. Untuk meneruskan proses, anda klik pada menu ADD-ONS kemudian pilih Doc To Form dan kemudian pilih Create Form from Doc (seperti gambar di atas).
  5. Setelah itu, akan keluar tab disebelah kanan untuk memulakan kerja.

    2016-10-15-4
    Anda boleh lihat di sebelah kanan dan arahan mudah difahami. Untuk memasukkan soalan pertama, anda highlight soalan pada Google Doc anda. Di tempat bekerja sebelah kiri, anda pilih USE SELECTED TEXT. Jenis soalan boleh di pilih di bahagian TYPE.

  6. Jika memilih jenis soalan MULTIPLE CHOICES, anda perlu masukkan pilihan jawapan dan tambah simbol ; (semicolons) di akhir setiap pilihan.

    2016-10-15-5

  7. Untuk menambah soalan seterusnya, anda klik sahaja Add Question.
  8. Setelah selesai semua soalan dikehendaki, anda klik pada CREATE FORM. Peringatan kepada anda semua, nama form akan ikut nama Google Doc anda dan lokasi Google Form ini adalah di dalam MY DRIVE di Google Drive anda.

    2016-10-15-7

  9. Untuk melihat FORM yang dibina anda boleh klik pada VIEW FORM. Anda akan di bawa melihat FORM yang telah di bina.

    2016-10-15-8

  10. Bolehlah anda edit Form tersebut seperti biasa. Nak masukkan gambar ke, rajah ke. Bolehlah buat di sini. Cubalah ya.

Kalau soalan anda bergambar, anda boleh edir kemudian sebab dalam ADD-ONS tu memang tak leh lah nak masukkan gambar ke carta ke.

 

Ujian Saringan Kelayakan mengambil MP Matematik Tambahan Ting 4

PT3 dah tamat. Macam biasa, nanti hangat nak memilih elektif dan nak masuk kelas mana. Ada sekolah yang kadang-kadang permintaan tinggi untuk masuk ke kelas sains atau kelas-kelas yang menawarkan matapelajaran Matematik Tambahan. Keputusan PT3 dapat Math D or E pun nak amik kelas akaun yang menawarkan Matematik Tambahan. Sampai bawa ahli keluarga kadang-kadang merayu. So ujian saringan kemahiran asas ini memudahkan cikgu-cikgu membuat penilaian dan mengumpul data. Ujian ini perlu dibuat dalam masa 30 minit. Markah akan terus dipaparkan setelah pelajar selesai menjawab.

Cikgu boleh ambil borang ini jika mahu laksanakannya. Borang ini adalah hasil dari rakan guru kita juga. Cikgu boleh klik dan borang ini akan jadi milik cikgu dan cikgu boleh dapatkan datanya. Ianya akan berada di dalam Google Drive cikgu. Cikgu juga boleh edit ikut keperluan.

https://docs.google.com/a/yes.my/forms/d/1x2KzxK7v584bvfq9XKDG-2SoPM_NQc4q_oEgo7PrEhg/copy

Terima kasih Cikgu Hayati Aini Ahmad dari SMK Bandar Baru Sungai Long. Beliau telah mengambil masa lebih dari  sebulan untuk menghasilkan form ini kerana masih dalam fasa cuba-cuba dan sekarang hasilnya sangat memberansangkan. Tahniah dan terima kasih cikgu.

Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, silalah LIKE & SHARE agar terus dikongsi oleh semua orang dan bermanfaat buat semua.

This entry was posted in TIPS.

Bagaimana MAKE A COPY Google Form

Kadang-kadang bila kita dah siapkan satu-satu borang atau pun soalan kuiz menggunakan Google Form, kita nak share kan bahan dengan kawan-kawan lain, kita bimbang jika mereka usik atau ubah form kita. Makanya sama ada kita make a copy manual atau pun kita share sahaja borang tu dengan mereka.

Kalau kita buat kuiz, siap dengan jawapan, so pelajar memang boleh jawab dan dapat feedback terus tapi sebagai guru, kita nak lah jugak tengok performance pelajar dan menerekodkan pencapaian mereka. Kalau kita hanya mempunyai soalan gform tanpa akses database di belakangnya, kita tak dapat nak buat analisa dan database yang ada pada tuan punya form pasti lah beribu2 lemon kalau form dia dah tersebar luas. Nak buat analisa pun susah juga. So ada cara kita nak bagi form kita kat kawan-2 agar dia bolehlah manipulasi soalan atau borang tersebut. Caranya mudah sahaja.

TUKAR SETTING PERMISSION FORM TU

2016-10-14-5

2016-10-14-3

DEKAT FORM KITA TU, COPY SEMUA LINK (EDIT MODE TAU)

1

COPY PASTE LINK TU, BAHAGIAN BELAKANG YANG ADA PERKATAAN EDIT KITA TUKARKAN DENGAN PERKATAAN COPY.

2

NANTI BILA ORANG KLIK LINK BARU KITA, MEREKA AKAN DAPAT PAPARAN DI BAWAH

3

So, bila butang MAKE A COPY di klik, makanya satu salinan borang atau soalan akan masuk ke dalam Google Drive orang yang MAKE A COPY tu. Kalau mereka nak edit form tu pun dah boleh. So kita tak risau dah data maupun borang kita rosak. Cuma sebagi peringatan, sebelum orang yang nak MAKE A COPY ni nak klik, pastikan dah login dengan ID yang betul. ID sendiri. Nanti guna komputer orang, masuk dalam GDrive orang lain dan mulalah menano cari mana letak. Lepas tu FORM tu dah jadi ANTA yang punya.

Kalau rasa bermanfaat, SHARE lah ngan kawan-kawan yang lain. Klik SHARE LIKE SHARE LIKE.

Kalau nak tau, teknik ni terpakai bukan untuk Google Form sahaja tapi untuk semua… Google Doc, Google Sheets, Google Drawing, Google Slides. Best ke idok? Jangan kata kak tak payung dik. 😛

SET SOALAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 (2016)

Kepada Cikgu SPM, anda boleh gunakan link ini dan guna WIDGET embed website di dalam SITES VLE anda. Selesai pelajar menjawab soalan, mereka akan terus menerima FEEDBACK. Cikgu tak perlu tanda. Boleh dijadikan latihan kepada pelajar cikgu menjelang peperiksaan SPM.

SET SOALAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM)
1. SET 1: https://goo.gl/forms/kbQqGJ7J070997zF3
2. SET 2: https://goo.gl/forms/INceeNR92vDsEal52
3. SET 3: https://goo.gl/forms/QoEvOqSiLgH5Lxix1
4. SET 4: https://goo.gl/forms/zcelWgis6vyCx7qF2
5. SET 5: https://goo.gl/forms/Bzdj85DlQy5jPR2J2
6. SET 6: https://goo.gl/forms/jGubsKae6LPk7bSX2
7. SET 7: https://goo.gl/forms/HpAjWJEPrp4IykOz2
8. SET 8: https://goo.gl/forms/EWp3MSKyeoXya3j82
9. SET 9: https://goo.gl/forms/95nVzUZiuS2oUAY02
10. SET 10: https://goo.gl/forms/RZqUDdCAHPj23z0g1

Terima kasih kepada rakan guru yang menghasilkan bahan ini.

CIKGU SOBRIE BIN LAMUDIN – SMK TONGOD
CIKGU ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH – SMK JENJAROM

 

PS : Cikgu-cikgu yang gunakan bahan ini, doakan agar kedua cikgu ini diberkati Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih ya cikgu. Semoga ramai mendapat manfaat dari perkongsian ini.

10 Fungsi Terbaik Windows 10 Anniversary Update

Microsoft telah menawarkan kemaskini Anniversary Update bagi meraikan setahun selepas pelancaran  untuk Windows 10. Ia hadir dengan beberapa pembaharuan bagi menambahbaik pengalalaman sistem operasi terulung daripada Microsoft ini. 10 fungsi terbaik yang anda boleh dapati pada kemaskini Windows 10 Anniversary Update,

  1. Lock Screen

    Paparan login screen telah diserlahkan dengan kehadiran latar belakang yang sama seperti yang terdapat pada lock screen. Anda juga boleh mengubah latar belakang ini pada halakan Settings > Personalization > dan klik pada Lock Screen untuk memilih latar belakang pilian anda.

  2. Start Menu

    Telah diberi sedikit perubahan yang mana kini telah menampilkan butang Power, Settings dan folder peribadi pada bahagian kiri. Perubahan ini telah memudahkan pengguna untuk melihat senarai aplikasi pada Start tanpa perlu lagi menekan butang “All apps” seperti versi awal Windows 10.

  3. Action Centre

    Paparan Action Centre juga telah diberi pembaharuan kecil yang mana membawakan paparan thumbnail pada notification yang hadir. Apabila diteliti pada bahagian hujung kanan taskbar, ia kini memaparkan bilangan notifikasi yang masih belum dilihat pengguna.

  4. Cortana

    Fungsi Cortana yang mana kini lebih diintegrasikan di dalam aplikasi. Apabila anda menggunakan Microsoft Edge, Cortana akan memberikan anda carian pintar dan berkebolehan memaparkan lirik lagu ketika memainkan video di Youtube. Cortana juga mampu menukar tulisan tangan pada Sticky Notes kepada reminder secara automatik tanpa perlu menyiapkan secara manual.

  5. Windows Ink

    Salah satu fungsi yang diberi perhatian adalah fungsi khusus untuk mengguna stylus. Ia menyediakan beberapa fungsi seperti Sticky Notes, Sketchpad dan Screen Sketch bagi membolehkan anda melakar dan mancatat sesuatu pada Windows tanpa sebarang aplikasi tambahan. Anda boleh mengaktifkankanya dengan right click pada taskbar > klik pada “Show Windows In Workspace button” > dan klik pada ikon Windows Ink pada bahagian kiri jam di taskbar.

  6. Mobile Hotspot

    Fungsi Mobile Hotspot bagi memudahkan pengguna berkongsi sambungan internet dari komputer ke peranti lain. Anda boleh memilih beberapa saluran sambungan seperti internet daripada WiFi dan ethernet untuk dijadikan WiFi hotspot. Untuk mengaktifkannya, pergi ke halaman Setting > Network & Internet > Mobile hotspot > dan aktifkannya dengan klik On. Anda juga boleh menukar nama dan kata laluan hotspot anda dengan membuat klik pada Edit.

  7. Kebolehan memaparkan notifikasi dari telefon ke PC

    Membolehkan peranti Android dan Windows 10 Mobile anda memaparkan notifikasi secara terus ke PC yang menjalankan Windows 10. Untuk menjayakan menggunakan peranti Android, anda perlu mendapatkan aplikasi Cortana dan menggunakannya dengan akaun yang sama pada Cortana di komputer.

  8. Windows Hello untuk aplikasi dan web

    Mengintegrasikan penggunaan Windows Hello iaitu fungsi kawalan biometrik ke dalam aplikasi dan web. Ini bermakna, anda boleh menggunakan cap jari atau mata anda ketika membuat log masuk atau mengesahkan pembelian tanpa perlu bergantung pada penggunaan kata laluan.

  9. Sokongan ‘dark mode’ pada Settings dan aplikasi terbina

    Membolehkan antaramuka Settings dan sejumlah aplikasi terbina dipaparkan dalam tema berwarna gelap. Untuk mengaktifkannya, pergi ke halaman Setting > Personalization > Colors > dan klik butang Dark pada bahagian ‘Choose your app mode

  10. Sokongan Extensions pada Microsoft Edge

    Menawarkan sokongan extensions pada Microsoft Edge yang membolehkan anda memasang pemalam pihak ketiga seperti AdBlock Plus. Untuk memuat turub extensions, klik butang ‘tiga titik’ pada tollbar Microsoft Edge > Extensions > dan klik pada “Get extensions from the Store”

Secara keseluruhannya, update kali ini telah membawakan pengalaman penggunaan yang lebih sempurna bagi komputer yang menjalankan Windows 10. Ia turut menawarkan prestasi yang lebih pantas dan stabil berbanding keluaran terdahulu.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan kemaskini ini, anda boleh mendapatkannya pada Halaman Settings > Update & security > dan klik pada “Check for updates”.


Tulisan asal oleh Arib Ismail
Majalah PC
Edisi 236 Ogos 2016

GUNA GOOGLE MAPS DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Tadi tengah cari cermin mata anak, dapat mesej. Berkali juga saya baca. Saya tak pastilah apa yang ditanya itu adalah apa yang saya faham. Berkali-kali juga saya baca.

IMG_5302

Susah sebenarnya nak saya terangkan dengan perkataan kerana ada banyak detail yang perlu diceritakan. So, saya menjawab soalan cikgu dengan penyelesaian dan cadangan berikut.

Saya cuba menggunakan akaun YES.MY akan tetapi MY MAPS telah di larang akses dan di sekat. Oleh itu, nampaknya kita terpaksalah menggunaan akaun GMAIL/GOOGLE biasa. Tetapi kita SHARE kan dengan akaun kita.

  1. Pastikan anda LOGIN terlebih dahulu.
  2. Pergi dekat Google dan taip MY MAPS.
  3. Selebihnya tengok sedikit Tutorial Bisu di bawah.

Terpaksa bisu atas sebab suasana keliling agak bising.

Apa aktiviti saya?

  • Saya senaraikan Bangunan Warisan Kebangsaan. Ambil dari laman web lah. So saya akan memintak seorang pelajar ambil satu lokasi.
  • Mereka perlu tandakan lokasi di dalam peta yang telah saya sediakan ini (lepas saya create, saya share dengan semua pelajar, saya embed di dalam VLE). So pelajar boleh edit melalui VLE-Frog sahaja. Mereka juga boleh tambah maklumat seperti gambar & video.

Untuk mengelakkan masalah (link tak keluar), sediakan widget External Link sebagai penyelamat anda. So kalau Embed tak keluar atau lambat load, boleh jumping keluar dengan external link.

Jom layan,

Ni contoh aktiviti yang saya boleh bagi. Harap membantu cikgu. Banyak lagi sebenarnya boleh buat. Cikgu Math boleh juga kita jarak sebab dalam ni ada pembaris tau.

Selamat mencuba!

 

APPS YANG PERLU OLEH SEORANG GURU ABAD KE-21

Rata-rata guru di Malaysia memiliki telefon pintar tetapi sayangnya ramai yang saya jumpa hanya menggunakannya untuk WhatsApp dan menerima / membuat panggillan telefon. Oh lupa, banyak juga menggunakannya menggantikan kamera. Sedangkan telefon bernilai ribuan ringiit dibeli terlalu banyak fungsinya.

Dengan aplikasi penting yang ada di dalam telefon pintar akan membantu kita menguruskan kerjaya kita dengan lebih baik dan pantas. Tetapi malangnya ada antara guru yang saya jumpa semasa memberi ceramah, Play Store pun tak pernah tahu fungsinya.

Apa yang saya kongsi adalah untuk guru yang masih baru dengan aplikasi dan bukanlah advance user. Untuk guru yang dah hebat kebaboom tu boleh lah baca petikan lain yang saya kongsikan. Dan ingin saya ingatkan di sini apa yang saya kongsikan ini adalah aplikasi yang bersangkut paut dengan penggunaan VLE-Frog. Aplikasi ini ada di dalam VLE-FROG secara langsung/tidak langsung. Perkongsian ini lebih kepada menjadikan anda guru yang aktif menggunakan akaun vle-frog.

Saya kongsikan di sini aplikasi yang perlu ada yang mana anda boleh muat turun dari Play Store (Android) dan Apps Store (iPhone).

 

APLIKASI UTAMA / WAJIB

Gmail

Gmail

Setiap orang yang membeli telefon bimbit, sama ada android / iOS akan ada akaun google yang mana selalunya direka oleh tokey kedai tempat anda beli. Selalunya dia reka sahaja tanpa bertanya anda ada atau tidak akaun dan anda selalunya tak sedar yang anda miliki akaun google itu. Yang menariknya, anda boleh tambah lebih dari satu akaun google ke dalam telefon bimbit anda. Boleh lah anda masukkan akaun YES.MY anda di sini. Maka tidak terlepas lah sebarang email yang dihantar ke akaun FROG anda. Bagi saya sangat mudah menggunakan aplikasi ini kerana tidak akan terlepas sebarang email dan jika perlu balasan segera terus boleh jawab. Sebab aplikasi ini sangat mudah dikendali yang mana selain menerima email, kita boleh hantar email dan foward email. Nak emailkan gambar-gambar dari telefon bimbit juga mudah.

Bagaimana nak tambah akaun baru ke dalam aplikasi ini? Untuk versi iOS, anda boleh baca di sini Tambah Akaun Gmail untuk iPhone/iOs

Yang menariknya ialahapabila anda tambah akaun anda pada Gmail ini, semua akaun Google yang lain juga akan dimasukkan akaun ini tanpa perlu set sekali lagi.

Manakala untuk pengguna Android, anda boleh baca di sini, Tambah Akaun Gmail untuk Android

Jika anda tambah akaun YES.MY anda, selepas anda masukkan id & password, paparan Frog akan keluar untuk meminta anda memasukkan id & password sekali lagi. Sila masukkan lagi sekali id & password anda.

GDrive

Google Drive

Aplikasi kedua adalah sangat penting buat saya dan pastinya untuk anda. Jika di sekolah saya, kami sering berkongsi bahan menggunakan Google Drive dan aplikasi ini sangat bagus digunakan. Seperti contoh, saya menggunakan telefon pintar saya untuk mengambil gambar acara sekolah, saya boleh terus masukkan gambar-gambar tersebut ke dalam Folder Gambar yang telah dikongsi oleh pentadbir kepada seluruh warga sekolah. Tak perlu pindahkan guna cable maupun thumb drive yang ternyata meremehan. Selain itu, jika ada bahan dikongsi di dalam GDrive ini, terus ada notification dan yang paling penting, jika pelajar menghantar kerja menggunakan GDrive, saya terus boleh menyemaknya.


APLIKASI TAMBAHAN

Photos

Google Photos

Saya sukakan Google Photos kerana ia boleh backup semua gambar yang ada di dalam telefon pintar anda. Ia lakukan secara automatik tanpa anda sedari. Format gambar adalah High Resolution tetapi bukanlah saiz sebenar. Tetapi memadai sebagai backup jika telefon hilang mahupun terdetele folder gambar. Anda boleh setkan sama ada proses ini boleh dilakukan apabila ada WIFi ataupun menggunakan MOBILE DATA. Saya setkan kepada WIFI. Jimat sikit data sebab gambar kadang-kadang banyak. Ini membawa maksud bahawa jika ada WIFI barulah backup akan bermula. Selain itu, keistimewaannya ialah apabila gambar di ambil secara berturutan atau burst photos, dia akan suggestkan animasi atau video untuk kita. Jika menggunakan komputer, anda boleh hasilkan video dari gabungan gambar-gambar.

Kelemahannya cuma satu buat mereka yang banyak sangat gambar Whatsapp. Semua gambar dan video tersebut juga akan dimuat naik dan di backup. Tak apalah, nanti ada masa boleh delete.

Doc

Google Doc

Sheets

Google Sheets

Slides

Google Slides

Tiga aplikasi di atas adalah komponen kepada GDrive. Kadang-kadang ada dokumen yang dihasilkan yang membolehkan kita berkoloborasi secara terus dengan orang lain. Sebagai contoh, satu dokumen booking jadual waktu dikongsi oleh saya kepada semua guru. Guru boleh melihat dan mengedit dokumen tersebut. Jika sekiranya aplikasi tersebut dibina menggunakan Google Sheets, saya boleh melihat fail tersebut di GDrive tetapi saya perlukan aplikasi Google Sheets bagi membolehkan saya edit maklumat tersebut.

Google_Calendar_Logo

Google Calendar

Aplikasi terakhir ialah Google Calendar. Amat mudah setkan appointment dan sebarang peringatan dan ianya boleh di sync kan dengan semua aplikasi google seperti Google Maps.

 


Ambil tahu apa yang anda miliki. Biarlah telefon pintar yang mahal anda beli ini digunakan sepenuhnya. Jangan asyik nak ber FB sahaja. Atau cit chat dengan whatsapp sedangkan ianya mempunyai pelbagai kegunaan lagi terutamanya akan menjadikan anda lebih proaktif dan cepat dalam menjalankan tugas. Menjadikan anda lebih terurus. Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda kerana ianya sangat bermanfaat kepada saya.

REVIEW – FUEL SHACK (AEON BIG WANGSA MAJU)

Dulu kalau ke KL Convention Centre pasti lalu kat kedai ni. Sentiasa penuh orang. Terfikir juga, sedap sangat ke? Nak cuba tetapi tak berpeluang kerana ramai sangat orang.

Baru-baru ini cawanganya di buka di AEON Big Wangsa Maju. Menunggu masa sesuai untuk mencuba resepi yang ada. Hari ni perut terasa lapar selepas mengadap durian di sekolah. Lagipun hari ini lambat sedikit ambil Aliya dari sekolah dia. Jam 2.30 baru sampai di sekolah dia sedangkan hari ini hari jumaat. 2 jam dia tunggu. So, kena belanja dia makan lah. Singgah ke AEON Big dan teringat kedai ni. Boleh cubalah rasanya. Selalunya kalau ada kedai baru saya akan cuba dulu sebelum ajak en. suami datang.

Kalau melihatkan hiasan dalam kedai ni memang superb. Kemas dan menarik dengan basikal tergantung di dinding. Sampai sahaja ke kedai ini, saya terus ke kaunter untuk membuat pesanan. Biasalah, bila tempat baru, dan pertama kali datang, kita akan lama melihat menu untuk memilih apa untuk dipesan. Asalnya, tiada orang di kaunter. Saya dan Aliya melihat menu yang ada. Menarik juga. Menu utama ialah Burger. Itulah kelebihan mereka rasanya. Dalam pada sedang nak memikir apa yang nak di order, datanglah seorang perempuan ke kaunter. Tidak menegur dan Tidak menyapa. Diam sahaja di kaunter sambil memerhati kami memilih menu. Siada ucapan macam selalu yang saya dapat di kedai-kedai lain seperti Selamat Datang! Atau saya kurang pendengaran sbb tak dengar atau mungkin juga dia cakap dalam hati. Huhuhu

Saya pun membuat keputusan apa yang nak di order. Saya memilih untuk makan salah satu burger kambing dan Aliya memilih untuk makan Cabornara dan Kentang Cheese. Dengan muka kelat dia mengambil order kami. Senyuman tiada lansung dan macam acuh tak acuh. Selesai kami order, dia tanya,

Nak makan sini ke bungkus?

Saya kata makan di sini. Kemudian dia menambah,

Order ni nak Ala Carte ke nak set?

Saya rujuk menu, tak ada pula di tulis set. Terpandang bahagian bawah menu ada tertulis Upgrade Menu. Tambahkan air untuk semua hidangan. Ohh… saya ambil satu set dan satu lg hidangan ala carte.

Saya cuba mencari-cari nama pelayan ini tetapi sayangnya tiada tanda nama dipakai. Tengok dalam resit ada di tulis ACE je. Mukanya langsung tidak senyum. Adoi. Potong stim sungguh. Bagi sayalah, susah kah anda untuk menyapa pelanggan yang datang ke kedai dan jika nampak pelanggan macam terpinga-pinga untuk order, bantu mereka dengan memberi suggestion hidangan terbaik anda sebab jika pelanggan yang agak lama melihat menu, pastinya ini kali pertama mereka singgah ke kedai. Bermanis mulut sikitlah.

Saya hairan juga dan terfikir kenapa muka dia masam mencuka sedangkan bukan ada pelanggan ramai pun waktu itu. Ketika saya di kaunter untuk membuat pesanan ni pun x de siapa duk belakang saya dan hanya seorang pelanggan sedang makan. So tak de alasan letih dan sebagainya. Kami diberi air dan dan nombor. Makanan akan di hantar nanti.

Tak lama dalam 10 minit, makanan kami tiba.

399

Burger Kambing ini tak penuh pun tapak tangan saya. Bagi saya ianya kecil sangat. Di dalamnya ada sekeping tomato dan sekeping salad, sekeping cheese. Patty nya agak tebal. Anggaran dalam 1.5cm. Bagi sayalah kan, makan burger ni bolehlah kenyang sebab pattynya tebal tetapi kepuasan? Tiada. Best lagi Burger King kot. Dengan harga RM18 untuk sebiji burger, ianya sangat mengecewakan. Tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin memang ini standard burger untuk sebuah kedai fast food.

400

Di atas ialah apa yang anak saya order sebagai main dish dia. Pinggan di hantar semata-mata di atas meja. Sudu garfu tiada. Mungkin ini style sini. Kena bangun ambil sendiri semua benda tu. Pergi ke bahagian layan diri di depan, tiada sudu dan garu. Hanya ada sos cili sahaja. Aliya ke kaunter depan nampak ada sudu dan garfu plastik. Carbonara ini kelihatan sangat Rich. Sebelum saya menjamahnya nampak sangat sedap dan berat hidangan ini. Saya pun merasa dan rasa macam terpegun. Hehehe. Terlalu masih. Entah mana silapnya. Terlebih cheese? Terlebih lada putih? Terlebih lada hitam.

401

Di atas ini pula ialah Kentang goreng + Cheese + Sos BBQ + Sos Chili Thai. Tiada yang istimewa. Cheese tak cair pun. Mungkin memang begitulah cara di hidangkan. Sos cili thai tu sama macam yang dalam botol kita beli tu. Kiranya tak perlukan sos dah makan ni sebab dah ada sos di siram ke atasnya.

 

REVIEW

Apabila saya rasa Carbonara, saya terus kata pada Aliya

Aliya, you jangan makan. Terlalu masin.

Aliya rasa dan di setuju memang masin. Muka dia berubah sebab bila kita lapar dana aa yang kita pesan tidak menepati piawai yang sepatutnya, ianya memang mengecewakan. Saya percaya kalau makan habis sepinggan, darah pasti naik tinggi. Saya buat keputusan untuk memulangkan apa yang ada itu. Saya mengharapkan mereka menggantikan dengan yang lain tetapi yang lebih penting mahu beritahu mereka bahawa apa yang dihidangkan tak boleh di makan.

Aliya asalnya tidak membenarkan saya pulang kerana risau tidak akan dapat ganti dan malu. Dia memang macam tu. Sanggup makan je sebab malu nak pulangkan atau komplen. Tapi dia semakin faham dengan cara saya kerana kita ada hak. We PAY for that FOOD. Saya kata, tak apa, kalau mereka tak ganti tak apa, saya akan belanja makanan lain. Saya bangun dan membawa pinggan bersama. Semasa saya bawa ke kaunter pinggan, dua staff lelaki sedang mengemas tempat dan saya rasa mereka berdua ini yang bertanggungjawab dengan hidangan ini. Bila saya serahkan pinggan mereka macam terpinga-pinga. Sorang dari mereka tanya,

Masin sangat ke?

Saya kata…

Entahlah dik, tapi kalau saya makan habis ni mahu pitam darah tinggi. You kena panggil ambulans tau.

Saya terus berlalu ke tempat duduk bagi menghabiskan hidangan yang ada. Lebih kurang 5 minit kemudian.. datang pelayan lelaki membawa sudu dan garfu (besi) serta hidangan Carbonara yang baru. Tanpa sepatah kata, dia letakkan dia atas meja. Hayo….. Susah ke semasa hidangkan tu cakap lah mintak maaf ke apa ke.

402

Yang sampai baru ini warnanya berbeza. Tapi Alhamdulillah, yang kedua ini jauh lebih sedap. Habis kami makan. Aliya berkata,

Ibu, nampaknya ini kali pertama & terakhir lah ye kita datang sini.

Dia dah faham macam mana seriusnya ibu dia ni bab memilih makanan di kedai. Kalau ke satu2 kedai dengan layanan haprak, dan hidangan tak menarik, kirim salam lah nak singgah lagi.

Setelah selesai makan, Aliya minta pen, malangnya semua pen saya dah tinggalkan dalam kereta sebab selalunya selesai makan ke kedai baru, sama ada ok atau tidak, saya akan tinggalkan nota di atas tisu. Saya kalau ada pen akan buat icon sedih dan …

Hari ini anda telah hilang dua org pelanggan yang akan mungkin boleh jadi pelanggan tetap anda.

Tetapi ketika berkira2 nak menulis, datanglah budak perempuan yang amik order tadi ke meja kami bertanya ok tak hidangan kedua tadi. Dia kata yg kedua ni dia buat. Yang pertama yang lelaki tu buat. Mungkin terlebih bbrp benda sebab tak isi pun garam.

Nasib baik ko datang dik, kalau tak memang masak review yang akak akan tulis. Tapi untuk kedai konsep seperti ini, standard sukatan perlu ada. Bukan pakat bubuh sahaja. Semua benda patut disukat. Setahu sayalah kan. Tak apalah, benda dah jadi.

Bagi saya, tidak salah rasanya jika mereka yang berada di FRONT DESK ini bermanis mulut sedikit dengan pelanggan dan memberi rasa gembira kepada pelanggan kerana jika mereka gembira, mereka pasti akan datang lagi. Bagi saya, buat masa terdekat ini kedai ini TIDAK AKAN ADA DALAM LIST untuk saya datang buat kali ke seterusnya.

Anda sebagai pelanggan, anda ada hak. Jika makanan tidak sedap, anda tidak perlu pulangkan kerana sedap atau tidak itu sangat subjektif tetapi jika ianya terlalu masin, manis atau kelat serta masam, anda boleh suarakan. Anda ada hak. Apatah lagi jika hidangan itu tidak murah. Tetapi memulangkannya bukanlah dengan cara mengherdik atau memalukan.

Buat semua OWNER dan pengurus kedai, educate pelayan anda dengan soft skills kerana SOFT SKILLS ini akan membuatkan orang terikat dan teringat2kan kedai anda walaupun menunya biasa-biasa sahaja.

 

VLE-Frog : Koleksi Kamus (Widget Embed Website)

Zaman sudah berubah. Kalau dulu masa sekolah, cikgu sekolah nak kita bawa kamus bahasa Ingeris, kamus dewan bersama-sama setiap hari. Kini semuanya sudah ada online. Pengalaman melihat guru-guru BM / BI mengajar di dalam makmal kompter (sesi vle-frog), saya terfikir banyak perkara. Kenapa guru perlu explain semua perkara? Kenapa jika tiada istilah yang tidak difahami, perlu guru yang memberinya. Suap setiap masa. Penggunaan KAMUS ONLINE sewaktu mengajar menggunakan VLE-Frog sebenarnya akan menjadikan sesi itu lebih baik.

2016-05-13 (8)

Anda boleh menggunakan WIDGET EMBED WEBSITE kamus-kamus di bawah untuk menjadi tempat rujukan perkataan yang tidak mereka fahami. Sekolah saya ini majoritinya pelajar Cina yang kebanyakkannya ada masalah dengan Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris. Saya sering melihat mereka membuat rujukan apa yang tidak difahami menggunakan Google Translate. Inilah masanya kita menggunakan sesuatu yang kita panggil KAMUS.

Anda boleh menggunakan Laman Web berikut :

  1. Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Sila COPY PASTE alamat ini di dalam bahagian Setting Widget Embed Website –> http://prpm.dbp.gov.my/) – Untuk pengetahuan anda, rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan ( Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP.
  2. Laman WEb http://www.dictionary.com/ (Sila COPY PASTE alamat ini di dalam bahagian Setting Widget Embed Website –> http://www.dictionary.com/) pula sangat berguna untuk guru Bahasa Inggeris yang menawarkan bukan sahaja maksud perkataan, tetapi juga pekataan sama maksud dan berlawanan. Yang menjadikan ianya lebih menarik, pelajar boleh menggunakan kamus ini untuk memastikan sebutan sesuatu perkataan itu betul atau tidak kerana pelajar boleh mendengar bagaimana perkataan itu di sebut. Tapi saya lebih suka http://www.merriam-webster.com dan anda boleh pilih mana-mana anda mahu.
  3. Laman Web http://www.ekamus.info/ (Sila COPY PASTE alamat ini di dalam bahagian Setting Widget Embed Website –> http://www.ekamus.info/) pula menawarkan kamus Bahasa Malaysia – Bahasa Cina. Kamus ini sangat berguna jika diletakkan di SITE BM jika anda megajar kelas yang majoriti berbangsa Cina yang kurang fasih berbahasa Melayu.
  4. Laman Web http://www.babla.co.id/ (Sila COPY PASTE alamat ini di dalam bahagian Setting Widget Embed Website –> http://www.babla.co.id/) menawarkan kamus Bahasa Inggeris – Bahasa Cina dan sebaliknya. Sangat best kerana ada sound juga untuk tau bagaimana perkataan itu di sebut.

So, Cikgu BI / BM / BC bolehlah letakkan resources ini kat SITES anda ye. Ada banyak lagi sebenarnya senarai laman web yang menawarkan kamus seperti ini.Tapi pilihlah yang sahih dan mungkin lebih meyakinkan. Maklumlah, internet ni ada sampah banyak juga. So pandai-pandailah gunakan sumber-sumber ini.

P/S : Cikgu BI, sangat penting isikan link-link ini sebagai tempat pelajar merujuk. Sebab saya dah tengok bangaimana pelajar menggunakan link ini dalam SITES VLE semasa cikgu mereka ajar POEM. So masa nak kena RECITE POEM tu, ada perkataan yang tak boleh sebut mereka dengar menggunakan kamus di atas, mereka boleh sebut dan faham maksudnya tanpa tanya cikgu. Baguskan?

Page 1 of 1712345...10...Last »