Day 2 – EdTech Google Summit

Sampai awal pagi. Sampai sahaja, terus bergambar. Sebab masa sampai tu, Jess sedang sibuk bergambar. Apa lagi, join sekali.

Istimewanya hari ini kami pakai baju yang baru di tempah dengan chapter masing-masing. Yang penting saya nampak kurus sikit pakai baju ni. Hahaha. Jangan mare, perasan sikit apa salahnya.

Cantik tak? Terima kasih Jess kerana uruskan tempahan baju ni. Warna merah memang sangat cantik dan dalam gambar ianya sangat outstanding.

Menu hari ini? Jom tengok.

5

Chris Betcher – A world of possibilities

Apa yang di sampai semasa KEYNOTE hanya beberapa sahaja saya dapat tangkap kerana otak saya ketika itu bercelaru kerana berita sedih yg saya terima.

Sesi pertama saya plih adalah sesuatu yang saya sudah mahir dan sedang saya gunakan untuk Majalah Sekolah saya. Namun begitu adalah beberapa input yang saya dapat yang baru.

Sesi kedua, saya memilih tajuk berkenaan Google Slides. Ini juga sesuatu yang juga saya sudah mahir hasil dari explorasi sendiri. Tapi saya belajar perkara baru iaitu penggunaan Extension untuk detect warna. Nanti saya share ek.

Heather Dowd – Google Slides Make Over

Dua sesi pagi sangat ringan dan bolehlah saya mengumpul semula semangat saya. Saya buat slide yang menarik tau. Sampai di pancar di skrin depan. Hahaha.. Jab nak tunjuk…

Selepas makan tengahari, saya memilih menu yang sangat berat tetapi yang memang pilihan hati.

 

 

 

Siap Selfie tau

6

Untuk sesi sebelah petang selepas rehat, saya memilih Jay Atwood lah. 50% dari isi kandungan telah saya pelajari semasa di Deep Learning pertengahan tahun hari tu. 50% lagi ialah benda baru yang macam biasa mengagumkan.

7

Sesi terakhir juga saya ambil sesi Jay. Kali ini juga 50% saya sudah mahir dan 50% perkara baru. Namun begitu, walaupun 50% perkara baru, habis sahaja sesi ini, kepada rasa macam pening gila. Boleh saya kata saya rasa macam nak muntah.

Jay Atwood – King of Sheets

Terasa cepat sahaja waktu berlalu. 2 hari yang penuh ilmu sampai ke penghujungnya. Jika ada rezeki, 2016 masih mahu sertai jika ada rezeki. So, tugasan saya selepas ini ialah explore semula apa yang telah dipelajari dan kongsikan dengan mereka yang mahu belajar.

Saya berniat untuk mengubah semula teknik pengajaran saya pada tahun 2016. Jom kita tengok. Idea mencurah-curah.