PELAPORAN KOKURIKULUM SECARA ONLINE (GOOGLE DRIVE)

Tulisan saya terdahulu, saya menulis tentang PENDAFTARAN KOKURIKULUM SECARA ONLINE. Tidak cukup dengan itu, saya pula terfikir untuk memudahkan pemantauan pelaporan. Alangkah baiknya jika pelaporan dilakukan secara ONLINE yang bermaksud, jika guru tiada di sekolah, SU Kokurikulum ataupun PK Kokurikulum masih boleh melihat laporan yang disediakan.

Kehilangan buku pelaporan di akhir tahun juga dapat diatasi kerana apa yang ada di GDrive tak mungkin hilang. Jika terdelete pun boleh dicari semula. Saya berbincang dengan UNIT KOKURIKULUM terutama PK Kokurikulum dan SU nya, mereka menyokong TRANSFORMASI ini. Saya sayang berbesar hati kerana mendapat sokongan padu dari mereka. Jika tidak, saya tidak mungkin dapat melaksanakannya.

Saya pula ialah seorang guru biasa yang bukan siapa-siapa. Sejauh mana dan sehebat manapun idea saya, jika tiada sokongan tidak dapat juga saya laksanakannya. Maklumlah, sesuatu yang baru pasti ada banyak masalah terutamanya penerimaan guru-guru yang sememangnya baru dengan VLE-Frog dan Google Drive ini.

Hampir sebulan masa saya ambil (CUTI SEKOLAH MACAM TAK CUTI) mendigitalkan semua FORM yang diperlukan. Mengambil contoh yang diberikan oleh PK Kokurikulum dan diubahsuai mengikut keperluan sekolah. Bukan mudah. Beberapa kali saya perlu murnikan dan sebenarnya ada beberapa BORANG yang saya rasa lebih baik diformatkan menggunakan GOOGLE SHEETS tetapi saya tidak mahu ambil risiko itu kerana tak ramai orang pandai handle EXCEL. Oleh itu, saya putuskan menggunakan Google Drive. Senang kata, setiap perkara saya sertakan tutorial. Memang dah ada bengkel tapi tutorial tetap saya sediakan untuk panduan mereka. Sama ada mereka nak rujuk atau tidak, terpulanglah. Tetapi ternyata, ianya sedikit sebanyak membantu.

Berikut adalah contoh pengrekodan yang saya sediakan.

1

Jika anda mahu lihat secara detail bolehlah lihat di SINI. Saya sudah sediakan dalam bentuk PDF.

Rintangan & cabaran dalam melaksanakannya? Terlalu banyak. Tetapi saya pekak kan telinga tetapi pintu makmal saya sentiasa terbuka luas untuk sesiapa bertanya jika menghadapi masalah. Ini antara video yang saya sediakan untuk membantu guru.

https://www.youtube.com/watch?v=nVKa9jmnIwM

https://www.youtube.com/watch?v=ia00EkDF4H0

https://www.youtube.com/watch?v=D7MG3jBMWCw

Setelah semua templete saya sediakan, saya perlu masukkan semua templete itu ke dalam satu demi satu folder. Semuanya ketika itu saya lakukan secara MANUAL. Dibantu oleh SU Kokurikulum & Penolong SU Kokurikulum. Macam nak pitam jugalah. Bayangkan satu UNIT ada 23 fail. UNIT ada lebih dari 20 di kali pula dengan 2 kerana ada dua sesi.

Tapi syukur, kali ini saya dapat dah cara lebih mudah dan salama 1 jam saya berjaya sediakannya semuanya. Anda boleh baca caranya di SINI. Saya sangat gembira. Inilah bukti bahawa ILMU itu perlu dicari.

Guru sudah ada data yang diemailkan setelah PENDAFTARAN KOKURIKULUM ONLINE dijalankan, mereka hanya perlu COPY PASTE sahaja kedalam PELAPORAN. Tiada lagi perlu menaip nama pelajar. Tiada lagi masalah nama pelajar salah, tiada nombor kad pengenalan dan tidak tertanya-tanya lagi kerana semua ada di sini.

Jika anda berminat dengan semua borang saya dalam bentuk GOOGLE DOCUMENT, saya boleh berikan. Apa anda perlu buat? Email kepada ajnormie@yes.my dengan TAJUK : PENGREKODAN KOKURIKULUM. Step seterusnya akan saya maklumkan.

Jika anda mahu laksanakanya, anda hanya perlu KENTAL.

Apapun, saya sangat berbangga dengan guru-guru yang bertungkus-lumus dan menjayakan TRANSFORMASI ini. Ternyata dengan tugasan PAKSA RELA ini membuatkan mereka semakin mahir menggunakan Google Drive. Saya gembira melihat UNIT KURIKULUM & PEPERIKSAAN sudah menggunakan Google Drive dalam urusan mereka. Tahniah!


P/S : Setiap apa yang saya lakukan ada serampang bermata-mata. Cikgu siap pelaporan, cikgu pandai guna google drive, cikgu login vlefrog dalam masa yang sama. Secara tak langsung proses pembelajaran berlangsung dengan secara tidak sengaja.