Review : Mamak Republic

Kali ini sedikit berbeza kerana bukan saya yang mahu pergi. Tetapi En. Suami yang nak pergi. Maklumlah bukan jauh pun dari rumah. Setiap hari ternampak di dalam FB iklan pasal Kueh Tiaw ketam. Kami pergi lebih kurang jam 8.30 malam. Waktu nak pergi, memang kelihatan kereta banyak menghala ke sana. En. Suami kata, ni semua orang nak pergi sana lah ni. Saya ketawa sebab kat dalam ni masih banyak kedai makan lain. Mujurlah rezeki Allah bagi sekejab sahaja dapat parking dekat dekan kedai. Mengejutkan, memang semua kereta ini mahu pergi ke tempat yang sama.

IMG_8629

IMG_8632

Sampai sahaja, tiada langsung tempat kosong. Bukan sahaja tidak, suasana hiruk pikuk. Terlalu banyak perkara sedang berlaku. Baik dari yg sedang makan, yang sedang bergambar, yang sedang beratur di kaunter dan kiosk. Tapi sebab dah datang, nekad hati mencuba. En. Suami redha sahaja, tanpa kondem sebab dia yang ajak datang. Kalau sayalah yang cadangkan, mau terbalik mata menjeling ambe. Hahaha.

Hampir 15 minit menunggu tak nampak macam ada tempat kosong. En. Suami berjaya dapat tempat duduk di dalam. Kalau ikutkan dengan manusia yang ramai ni, duduk di dalam adalah sesuatu yang silap sebab berserabut tapi dengan keadaan, kami akur sahaja sebab kalau kami tak duduk, ramai lagi yang sedang menunggu. Keadaan di dalam memang agak serabut, yang beratur di kiosk juga beratur berlingkar di dalam kedai ini. Pekerja memang tidak ramai. Lantai tidak bersapu, yang merokok di dalam ini membuatkan suasana bertambah kotor kerana putung rokok dan habuk rokok di atas lantai. Memang tiadapun pekerja yang berdiam diri. Semua sibuk gila-gilaan. Yang pegang penyapu memang tiada sbb kalau adapun tak boleh buat apa. Tak boleh nak sapu pun.

IMG_8633

Dapat sahaja tempat, anakanda saya Aliya terus beratur untuk dapatkan Nachos. Sebab barisan inilah yang paling panjang. Meja kami dekat dengan Kueh Tiaw Ketam, tapi sayangnya, baru sahaja nak order, rupanya ketam dah habis. Nak order Kueh Tiaw biasa, mereka kata dah TUTUP sebab order yang sedia ada pun dah banyak. Takut barang habis, Biar betik dik weh, belum pun jam 9 malam. Hahaha. Tak salahkan mereka, dengan keadaan manusia yang ramai, dan bermula sejak jam 5 petang, mereka pasti dah kehabisan tenaga. Yang jaga di kaunter dia ada dua perempuan dan dua lagi tukang masak. Memang sah berdiri dari tadi. Anggap sahaja tak ada rezeki.

Saya pergi untuk order Roti Bakar Amerika, kempunan juga. Sudah habis. Sempat bersembang bertanya kenapa tak tambah stok roti banyak sebab ramai orang tapi dia kata dah doublekan volume tapi tetap habis juga. Apa lagi, jomlah kita berselfie. Hahaha.

IMG_8641

Tak tahu dah nak order apa, yang nak rasa semua dah habis. Mujurlah ada LAKSA dan SATE. Bagi mengisi perut yang kosong ni, order lah juga. Syukur alhamdulillah, semuanya sedap belaka.

IMG_8640

Nachos

IMG_8638

Roti Bakor Amirreka

IMG_8637

Supercheese Naan

IMG_8634

Laksa & Sate

IMG_8651

Menu Amirreka

So, semua dah habis, inilah yang saya makan. Alhamdulillah semuanya sedap. Ada satu lagi lupa nak ambil gambar, saya makan LAKSA PENANG. Sedap juga. RM4.00

IMG_8646

RM16.00 untuk 20 cucuk.

IMG_8645

Nachos – Saiz besar RM7.00 x 2 bekas = RM14.00

IMG_8643

Roti Bakar Cheese – RM3.50

Roti Bakar ni Mamak Republik punya. Bukan KIOSK. Mulanya order ngan pekerja tapi tak sampai-sampai, rupanya kat sana ada orang tunggu beratur juga. Jom beratur. Sekejab je dapat sebab nk buat roti ni agak cepat. Rasa roti ni manis. Dalamnya ada Cheese. Sedap.  Tips yang boleh saya berikan :

  1. Datang awal. KIOSK kebanyakkannya mula jam 5 petang.
  2. Cuba semua menu yang best.
  3. Kalau tak nk rimas, duduk luar berbumbungkan atap.
  4. Jangan sembang lepak lama-lama jika ramai orang tunggu.
  5. Kalau nk sembang-sembang di sini, janganlah sebab kesian orang menunggu.
  6. Kalau nk kedai yang bersih, tak payah datanglah. KIOSK semua ok, lantai je yang kotor sbb tak ramai pekerja dan tak de ruang nk menyapupun.

Pesanan saya buat MAMAK REPUBLIC.

  • Kena ada yang bertugas menyapu.
  • Tak benarkan orang merokok di dalam restoran agar tiada tambahan sampah seperti putung rokok dan habuk rokok bertaburan. Nak isap, sila duduk luar.
  • Kena ada sistem seperti ambil nama pelanggan utk giliran. Jangan beri pelanggan cari tempat sendiri. Mereka akan berdiri di tepi orang yang makan menyebabkan sesetengah orang tidak selesa. Saya ok je.
  • Sistem nombor untuk KIOSK agar tidak lah orang beratur di dalam panjang2 di dalam kedai hingga di tepi-tepi pelanggan yang sedang makan.

Apapun, tak rugilah beratur panjang. Kali ini kempunan nak makan apa yang HOT kat sini sebab dah SOLD OUT. Akan datang lagi InsyaAllah. Saya doakan agar semua peniaga di sini Allah terus bukakan pintu rezeki mereka dan bukalah juga minda agar mereka akan UPGRADE agar untung dan perniagaan lebih maju.


 

Ini menu yang kami kempunan nk rasa. Gambar ini saya ambil dari Facebook : https://www.facebook.com/mamakrepublic

IMG_8660

Lokasi kedai ini adalah di Sunway Batu Caves. Mengadap jalan besar.

Apapun. Sebagai kenangan, kita SELFIE lagi. Hahaha. Terima kasih Amir Raja Lawak. Comel sahaja orangnya. Hahahaha.

IMG_8650