IMBASAN 2015

JANUARI

Tahun 2015 saya sifatkan sebagai tahun gemilang buat saya secara peribadi. Ada pelbagai kisah suka duka, air mata yang dilalui tetapi tidak perlulah kita ceritakan di sini. Pelbagai bentuk kejayaan yang saya telah capai. Ada antaranya di luar jangka. Tahun 2015 dimulakan dengan langkah kanan apabila akhbar Kosmo pada 28/01/2015 memaparkan kisah saya bersama pelajar ICT saya.

Kosmo 28/01/2015

Kosmo 28/01/2015


 

FEBRUARI

Tidak cukup dengan itu, petikan yang hampir sama tetapi lebih tepat laporannya dan lebih besar rencananya sampai satu muka surat. Ternyata muka saya putih macam minum Qu Puteh. Akhbar ini ialah keluaran Sinar Harian keluaran 28 Jan 2015.

23/02/2015 – Sinar Harian

Keluar sedikit dari bidang Pendidikan, Astro Awani pula membuat liputan perniagaan kecil-kecilan  Cloud Cookies untuk di masukkan di dalam bahagian berita Business di saluran Astro Awani. Rakaman berlangsung pada 25/02/2015. Lengkap kami adik beradik ada untuk sesi shooting ini. Termasuklah bonda saya.

25/02/2016 – Astro Awani

 

10/03/2015 – Live di Astro Awani

Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=DLth4xgdY6o


MAC

Macam berjanji pulak, satu demi satu liputan. Pada 28/03/2015, Frogasia mengadakan sesi bergambar untuk siaran Lilypad #5 bagi mempromosikan Teachers Award 2015.

28.03.2015 – Photoshoot Lilypad

Pada 31/1/2015 – Saya berbangga kerana dijemput bersama beberapa orang guru lagi menghadiri Mesyuarat Task Force Frog VLE di BTPNKL. Apa yang saya dapat simpulkan ialah, tiada persediaan oleh pegawai di PPW dan laporan tidak lengkap. Kami seperti biasa ada list panjang yang perlu diambil berat oleh pihak JPN dan Frogasia. Tapi niat kami tiada lain, memaklumkan agar semua diperbaiki jika mahu ianya lancar dan berjaya.

31/03/2015 – Di BTPNKL

Hari yang sama di sebelah petang habis sahaja mesyuarat, kami bergegas ke Google Malaysia untuk Photoshoot untuk NST. Kali ini liputannya ialah berkenaan GEG. Tiada kaitan dengan sekolah dan lain-lain. Ini adalah berkaitan dengan GEG sepenuhnya.

31/03/2015 – Photoshoot NST


APRIL

Penggambaran pada bulan Februari telah pun keluar dalam versi digital. Tak sangka, tak percaya boleh jadi penghias muka depan. Keluaran ini tertumpu kepada Teachers Award dan saya ialah salah seorang dari pemenangnya pada tahun 2014.

04/04/2015 – Keluaran #5 Lilypad

Baca Lilypad #5

Pada 18/04/2015 sekali lagi wakil dari Frogasia datang ke sekolah untuk mengadakan kampen Teachers Award. Sayangnya saya tidak boleh bertanding lagi untuk tahun 2015. Sabar je lah.

14/04/2015 – Promosi Teacher’s Award

GEG Ipoh telah memulakan perjalanan mereka. Pertemuan Inaugural mereka kali ini ada sedikit special, saya datang dari KL ke Ipoh. Philip juga ada bersama dan Marcus juga ada bersama. Saya menguji sedikit silibus yang mereka sedang rangka. Syuhaimi juga ada bersama. Best orang Ipoh dan yang paling best ialah Nasi Ayam. Kikiki.

25/04/2015 – Inaugural GEG Ipoh

Anda boleh baca tulisan saya berkenaan dengan Meet Up kami di atas, anda hanya perlu klik link yang saya beri. Anda boleh baca di GEG Ipoh 1 dan GEG Ipoh 2


MEI

Tahun ini pertama kali Deep Learning di adakan di Nexus Putrajaya. Kali ini KeyNote Speaker pastinya kesayangan ramai Suan Yeo dari Google. Beliar ialah seoarang speaker yang bagus. Ada sahaja yang baru hendak disampaikan. Di sini lah pertama kali bertemu denga Amir Othman, GEG Muadzam Shah yang saya calonkan. Beliau pada asalnya masih ragu-ragu untuk hadir tetapi setelah dipujuk, beliau sudah faham apa maksud BEST dan TERBAIK. Hehehe

09/05/2015 – Deep Learning

Tahun 2015 kali ini kami sambut dengan penuh berbeza. Masakan tidak. keluaran khas Hari Guru di muka depan NST terpampang muka saya, Jessica & Tan Shin Yee. Kami bercakap berkenaan dengan GEG dan bagaimana kami mengendalikannya hampir setahun.

GEG Klang Valley telahpun menyambut ulang tahun pertama mereka pada 16 Mei 2015. Di sambut meriah dengan sesi perkongsian ilmu di Google Office bersama 50 orang pendidik yang berdaftar. Dalam banyak shoot yang NST ambil, gambar ini juga mereka pilih. Bahagian dalam sebanyak 2 muka surat dipenuhi dengan muka kami termasuk Rahayu (Google Malaysia) yang seakan tidak bermaya dan boleh kata hodohlah.

Atau mungkin diri sendiri je rasa hodoh. Tapi orang lain tengok muka kita memang macam tu lah. Hahahaha

17/05/2015 – NST

Jom baca apa NST tulis.


JUN

GEG Leader yang baru dilantik, diberi kursus di Google Malaysia. Kursus dipanggil Champion Teachers Training. Di sinilah saya mula berjumpa dengan semua leader seperti Firman, Ba Ha, John, Faridah, dan ramai lagilah. Alhamdulillah kami menjadi sangat rapat dan saling menyokong antara satu dengan yang lain tidak kira bangsa maupun agama. Kami saling berkongsi idea. Walaupun hanya beberapa kali bersua tapi kami cepat menjadi akrab kerana mungkin kami berkongsi minat yang sama.

Saya dijemput untuk menyampaikan Lighting Talk dan bercerita pengalaman sepanjang menjadi GEG Leader. Tidak sangka SLIDE dan bahan yang disediakan agak last minutes telah memberi inspirasi. Bersama saya juga ada Afiqah (GEG Johor) & Tan Shin Yee (GEG Happy Garden). Abaikan Turban yang saya pakai yang entah apa-apa tu. Hahaha. Saja je nak buat kelainan konon.

04/06/2015 – Teachers Champion Workshop

Selesai di Google Malaysia, bergegas pula ke Frogasia di Sentul untuk jemputan menyertai Frog Focus. Di sini kami diminta memberi pandangan penambahbaikan dan yang hadir adalah mereka yang hebat-hebat. Senang cakap semua dah keluar sebagai Cover Lilypad kalau tak silaplah. Terasa juga kerdil diri ini jika dibandingkan dengan mereka.

09/06/2015 – Frog Focus Group


JULAI

Ini adalah bulan kelahiran saya. Jarang sekali saya ada kelas sewaktu hari lahir saya. Kadang-kadang memang tak ada kelas. Kali ini agak istimewa kerana dah lah hari lahir saya, semua pelajar ICT saya Tingkatan 4D hadir. Sempatlah saya capture gambar ini. Selalu tak cukup sahaja sebab suka ponteng kan. Hari istimewa ini semua ada. Yay!

08/07/2015 – My Birthday!

Saya berbesar hati apabila sekolah saya di pilih oleh Google Malaysia untuk mempertontonkan kepada wakil dari Google HQ (California) bagaimana saya menggunakan Google Apps di dalam kelas saya. Di samping itu juga saya menjalankan teknik menjawab soalan dan pelajar Tingkatan 4 bergambung dengan Ting 5.

Pelajar juga dapat perkongsian bagaimana bekerja di Google dan mereka dijemput untuk datang ke Google Malaysia untuk melihat sendiri persekitaran kerja di sana agar memberi motivasi kepada pelajara. Tetapi sayangnya, dengan waktu yang suntuk dan kesibukan, tidak dapat saya bawa mereka ke sana. Saya akan pastikan rancangan membawa pelajar dengan beberapa aktiviti bermanfaat akan berlangsung di sana nanti pada tahun 2016.

28/07/2015 – Google California & Google Malaysia


 

SEPTEMBER

Saya merupakan salah seorang Presenter di Seminar 3i. Seminar seperti ini julung kali diadakan di Malaysia dan terbuka hanya  kepada guru dari sekolah kebangsaan sahaja dan ianya adalah percuma. Seminar 3i sangat berbeza berbanding dengan seminar yang biasa dihadiri di JPN atau KPM kerana ia sangat santai. Tajuk yang saya bawa hanyalah berkenaan dengan Chome dan Sesi pertama pada hari pertama FULL HOUSE sampai sukarelawan terpaksa bawa kerusi tambahan. Pengalaman menarik dan ternyata perkara remeh bagi saya tetapi perkara baru dan berguna buat mereka. Sesi ke-2 saya keesokan harinya juga ramai tapi tidak seramai hari pertama sebab kebanyakan mereka sudah hadir pada sesi 1 pada hari pertama.

Di seminar 3i inilah, peserta dibekalkan dengan kupon untuk mendapatkan sijil Google Certified Educator. Saya juga memenangi Tiket menghadiri EdTech Summit berminai RM1180. Berbaloi juga buat demo slam. Dapat tiket yang mana kalau tak menang, memang tak akan pergi sebab tak mampu.

19/09/2015 – Seminar 3i


 

OKTOBER

Setakat hari ini, hampir 1k penonton. Kali pertama kami mengadakan GEG On Air berbahasa Melayu. Tidak sangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Walaupun bersiaran lebih dari 2 jam, terlalu banyak info yang dikongsi. Memang hebat-hebat semua GEG Leader. Syabas dan saya akan pastikan GEG On Air ini akan berterusan. Saya membuat keputusan bagi memastikan Moderator akan bergilir di kalangan GEG Leader yang sudi dan sesiapa yang berminat menjadi presenter. Tapi kali ini saya limitkan kepada 5 pembentang sahaja. Moderator haruslan dikalangan Leader yang pernah menjadi pembentang.

06/10/2015 – GEG On Air pertama kali bersiaran

Bulan Oktober terus menjanjikan sesuatu yang tidak di jangka. Pelawaan membuat perkongsian di Kota Singa memang sesuatu yang tidak dijangka. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura dan ianya sangat istimewa dan ianya menjadi bertambah sempurna kerana saya dapat bawa anak saya bersama. Ini bukan pertama kali dia naik kapal terbang tetapi ia adalah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke luar negara bagi dia. Anakanda diberi keistimewaan yang sama seperti yang saya dapat. Pengalaman di Singapura memang menyeronokkan. Tan Shin Yee yang sudah biasa travel menjadi pemandu pelancong dan membantu seluruh perjalanan ini. Terima kasih TSY kerana sangat baik dan tidak berkira membantu kami berdua beranak.

14/10/2015 – Sharing session with Singapore Public Teacher at Google Singapore

Ternyata bulan Oktober ada pelbagai hal yang berlaku dan memang tersangatlah sibuk. Rentetan Seminar 3i, saya dijemput oleh PPD Alor Gajah untuk memberi input di dalam Kursus Pembelajaran Abad ke-21 mereka. Bukan sekali, tetapi 2 kali. Mereka berkursus di KL, so saya boleh hadirinya di sebelah malam. Kali pertama saya dapat buah. Seronok sungguh. Kumpulan guru yang hadir juga sangat bersemangat.

19/10/2015 – Frogoog bersama Guru BM dari PPD Alor Gajah

29/10/2015 – Froggoog bersama Cikgu Math dari PPD Alor Gajah

Dihujung bulan Oktober, seminar yang saya tidak pernah terlepas peluang menghadirinya. Leaps of knowledge. Di sinilah dapat berjumpa dengan semua superstar dan rakan-rakan yang memang menyeronokkan. Mereka orang hebat dan aura hebat itu sangatlah diperlukan oleh saya. Tetapi secara peribadi LOK kali ini kurang best. Mungkin dah terlalu banyak kali hadir atau Key Note Speaker yang kurang best. Itu pandangan peribadi saya lah. Kalau tak setuju, tulislah blog anda sendiri. Tapi apa yang pentimg, Seminar ini bukan sahaja untuk mendapat ilmu tetapi AURA yang perlu dikutip kerana mereka yang hadir ialah mereka yang sangat positif. Tetapi ada satau yang boleh dipuji, bayaan RM25 yang dibayar sangatlah berbaloi apabila makan tengahari yang disediakan memang dasyat dan sedap sampai tak terkata. 🙂

31/10/2015 – Leaps of Knowledge


 

NOVEMBER

Membuka tirai bulan November ialah Seminar OnLine terbesar yang pernah saya sertai. Saya merupakan salah seorang peserta yang terlibat. Sesi 30 minit ini sunggu melelahkan. Anda hanya menonton kami tersenyum tetapi proses di belakang tabir sangat memberi tekanan yang hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jika pembentang berada di rumah masing-masing mungkin suasananya berbeza. Saya bersiaran dari Google Office dan segalanya berbeza. Senang kata suasana sangat tertekan. Masing-masing punya tekanan masing-masing dan ada sebab lah kenapa pihak Google tidak membenarkan mereka yang tidak membuat pembentangan hadir kerana suasana memang agak menggerunkan. Alhamdulillah, EOA atau education on Air berlangsung dengan jayanya. Belum tengok? Jomlah tengok.

https://youtu.be/wDBJNZWcAb4

Kalau nak tengok KOMPILASI pembentang lain, pun boleh klik di SINI. Saya hanya ambil yang berbahasa Melayu sahaja.

1/11/2015 – Edu On Air

Minggu seterusnya, selama dua hari, TIKET  ini saya menang pada Seminar 3i. Ini adalah seminar yang saya anggap MUST JOIN event. Apa yang menarik kali ini ialah TEAM GEG Gombak memonopoli wakil dari GEG. Syuhaimi juga menang semasa di Seminar 3i tetapi Sabarina bertuah kerana tiket ini diberi oleh Amuza yang ketika ini sedang sarat menunggu waktu bersalin. Bertuah badan. Pengalaman pertama dan keterujaan beliau sungguh menyeronokan.

Anda boleh baca tulisan saya berkenaan EdTech ini di untuk pengalaman hari pertama SINI dan di SINI untuk pengalaman hari kedua.

7 & 8 Nov 2015 – EdTech KL Summit

08/11/2015 – PD Leader Board as 1/1/15

Lihat carta di atas, bagai tidak percaya, GEG Gombak menjadi chapter paling aktif di Malaysia dan mendapat tempat ke-5 peringkat Asia Pasifik. Terima kasih team saya yang terus kuat menyokong, dan pastinya kepada sekolah saya SMK Raja Abdullah yang mengizinkan saya menggunakan makmal komputer sebagai pusat perkongsian ilmu dengan guru-guru yang sangat positif. Di bawah adalah perjumpaan kami yang memang membariskan muka-muka baru dan dari hari ini saya mendapat 2 co-leader baru. Dan yang paling membanggakan, walaupun ini adalah permulaan cuti sekolah, mereka bersemangat dan antara mereka ramai merupakan guru-guru dari sekolah saya sendiri.

21/11/2015 – Caffe’ Formpuccino

Ditakdirkan, PK Kokurikulum saya di pindahkan ke SMK Victoria dan beliau mahu menadaptasikan pengurusan kokurikulum di sekolah kami ke sekolah baru beliau. Saya diberi sesi bersama barisan utama pentadbir dan guru-guru berkaitan bagi memberi pendedahan berkaitan dengan perkara ini. Terima kasih En. ASri di atas kepercayaan yang diberi.

23/11/2015 – Perkongsian Inovasi Kokurikulum di Victoria Institution


 

DISEMBER

19/12/2015 – GEG On Air Part 2

Seperti dijanjikan, GOA bersiaran lagi dan kali ini Firman menjadi moderator. Walaupun VIEWERS tidak seramai yang sebelum ini tetapi perkongsian kali in saya anggap sebagai berjaya dan menarik. Anda boleh tonton  atau boleh baca di SINI dengan lebih terperinci.

Seperti yang saya dambakan, sebelum 2016 melabuhkan tirainya, saya akan pastikan saya menambah sijil dan memastikan saya lulus. Alhamdulillah dalam masa 2 jam 15 minit saya berjaya menjawab soalan (Masa 3 jam) dan lulus. Syukur. Sekarang saya sah pemegang Google Certified Educator Level 1. Saya bercadang untuk mendapatkan Level 2 sebelum bukan Februari tamat. Insya Allah.

24/12/2015 – Lulus Google Certified Educator Level 1

Penutup 2015 adalah sesuatu yang juga tidak saya duga. Pada 29/01/2015 jam 4 petang saya menerima mesej di FB dari Dato’ Khair untuk membuat temujanji bertemu saya pada 31/01/2015. Siapa tidak takut, tetapi saya tahu, saya tidak ada sebarang masalah dan saya mengganggap ia adalah sesuatu yang positif. Alhamdulillah. Pertemuan berlangsung selama hampir 3 jam dan banyak isu dan perkara dibincangkan. Ia berkaitan dengan apa yang saya lakukan sebagai pendidik.

Kenangan ini amatlah bermakna kepada saya sebagai seorang pendidik. Bukan semua orang dapat peluang seperti ini. Saya sampaikan hampir semua pesanan rakan-rakan saya. Tawaran jawatan? Ianya mudah sahaja bagi saya, jika jawatan itu hanyalah jawatan dan saya tidak boleh mengubah apa-apa dan tidak dapat membuat keputusan, saya mungkin tidak berminat kerana semua itu akan jadi sama sahaja seperti sekarang yang mana kita tiada kuasa sebagai pembuat keputusan. Bila kita tidak boleh menjadi pembuat keputusan, makan kita tidaklah dapat mengubah apa-apa.

Terima kasih Dato’ Seri kerana menjemput saya.

31/12/2015 – Jemutan bertemu Dato’ Seri KPPM

2015 melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita duka dan gembira. Tetapi biarlah duka itu saya simpan dan semat di dalam hati. Kita ingat yang gembira sahaja kerana kenangan yang menggembirakan itu akan membuatkan kita lebih tabah menghadapi tahun-tahun akan datang. Tahun 2015 ini juga membuatkan saya sedar bahawa jika kita tak punya apa-apa, tidak ada sesiapa pun akan memandang kita. Kita akan dipinggirkan. Walaupun kita mungkin pernah membesarnya mereka, sampai masa mereka pergi, mereka akan pergi dan akan lupakan kita. Itulah dunia. Kita akan mudah dilupakan. Saya berdoa agar 2016 menjadi lebih cemerlang.

Saya gagal lagi permohonan mendapatkan biasiswa untuk PHD saya, saya tidak akan berhenti mencuba. Saya percaya, rezeki itu milik Allah dan Allah tahu kepada siapa yang perlu dia berikan.