VLE-Frog : Membina soalan ringkas dalam 10 minit

Saya akan memberi beberapa TIPS untuk melaksanakan latihan menggunakan VLE-Frog dengan pantas. Banyak sebenarnya cara yang boleh dilakukan. Hanya dengan sedikit kemahiran dan sedikit masa diperuntukkan. Yang penting ialah setakat mana kesungguhan kita untuk melaksanakannya. Kalau ada yang nak komplen salah cara guna vle ke apa ke, biarlah. Saya akan tunjukkan pelbagai cara untuk mudahkan urusan cikgu. Jangan lupa pulak doakan agar semua urusan dan kerja buat saya juga Allah permudahkan kalau ianya membantu cikgu semua.

Untuk membina soalan, ada beberapa widget yang sesuai. Ini antara yang anda boleh lakukan jika masa agak suntuk. Sebagai contoh nak sediakan aktiviti hujung minggu atau ketika cuti panjang. Janji ada bahan yang diperlukan, semuanya bisa di atur!!

Setahu saya, kita sebagai guru memang ada bank soalan. tidak kiralah dalam bentuk MS WORD atau dalam bentuk PDF yang dimuat turun dari internet. Tapi janganlah asyik ambil dari Internet sebab bila lagi anda nak create soalan sendiri? Tak kan selamanya nak pakai orang punya. Kita nak didik pelajar jadi creator tapi kita pulak asyik guna barang recycle yang hak orang lain. Cuba-cubalah bina bahan sendiri dan kongsi pula pada orang lain. 🙂

Apa yang anda perlukan?

  1. Bahan dalam bentuk pdf. Jika tiada dalam pdf, guna fungsi dalam MS Word untuk SAVE AS PDF.
  2. Pergi laman web http://pdf2jpg.net/ untuk convert pdf anda jadi jpeg.
  3. Convert pdf anda.
  4. Muat turun jpeg / zip yang diperlukan.
  5. Bina SITES di VLE anda seperti biasa.
  6. Tukar LAYOUT SITES anda. Ambil 4 colum.
  7. Masukkan 3 WIDGET iaitu NOTES, MEDIA dan FORM.

18

No 1 : Laman WEB yang perlu anda akses

No 2 : Pilih PDF yang anda nak convert jadi jpeg.

No 3 : Lepas dah pilih, klik di sini untuk mula convert. Sila tunggu. Lagi banyak muka surat, lagi banyak masa yang diperlukan.

19

No 4 : Lepas selesai di convert, anda akan dibawa ke paparan ini. Setiap satu muka surat akan jadi satu gambar. Kalau anda perlu beberapa muka surat sahaja, download yang mana anda perlukan.

No 5 : Anda boleh muat turun semua muka surat di sini. Fail akan dizipkan dan dimuat turun.

Setelah selesai, anda mula bina SITE anda di VLE-Frog. Saya perlu menukar LAYOUT menjadi 4 bahagian dan saya pilih pilihan pertama. Saya sebenarnya akan gunakan ruangan 1 & 2 sahaja.

20

Setelah itu, saya akan masukkan WIDGET NOTES dan MEDIA di ruangan LAYOUT no 1. Dan Widget FORM di ruangan LAYOUT 2. Anda lakukan proses biasa untuk memasukkan MEDIA.

Double Click –> Upload

Widget NOTES saya gunakan untuk memberi arahan kepada pelajar.

21

Kemudian anda setkan FORM anda. Pilih NEW FORM jika anda belum ada sebarang FORM berformat seperti yang dikehendaki. Apa yang anda perlukan ialah memilih SINGLE LINE sahaja. Taip nombor soalan sahaja. Tak perlu taip soalan.

22

24

Guna konsep DRAG and DROP sahaja. Buatlah sebanyak mana soalan yang anda perlukan. Form ni nanti boleh guna lagi untuk soalan lain pula. -.-

Setelah selesai, anda SAVE FORM. Ada notification FORM dan SAVE bahagian atas sebelah kanan. Kemudian KLIK “X” untuk tutup.

23

Yay!! Selesai. Walaupun macam ni, anda dah ada sesuatu untuk diberi kepada pelajar. Percayalah. Jimat kertas. Pelajar nak kan soalan dalam bentul SOFTCOPY, anda boleh bekalkan dengan memasukkan EXTRA WIDGET iaitu LINK TO FILE. So pelajar boleh cetak sendiri.

Dah habis buat soalan, nak tengok mana jawapan pelajar?? Mana nak tengok pelajar jawab semua ni?? Jangan gabra… Klik SITE –> DATA VIEWER

25

26

SELAMAT MENCUBA!

Kalau dah cuba janganlah lupa kongsikan dengan rakan lain dan juga komenlah sikit nanti kat blog saya ni. Adios!!

Pesanan Khidmat Masyarakat:

Kalau nak pastikan hanya kelas anda sahaja menjawab, sila SHARE / ASSIGN ke kelas anda sahaja. Jangan pula di SHARE PUBLIC IN SCHOOL. Nanti habis satu sekolah jawab. Jenuh nak kenal pasti. So kalau cikgu ajar subjek sama untuk 4 kelas, ASSIGN satu demi satu kelas you olls.

 

Jom tengok ada saya tulis benda yang sama macam ni, tapi kali ni pakai TEXT ACTIVITY dan bukan [akai FORM. Nak baca boleh klik SINI.