Selamat Hari Guru – 2016

Alhamdulillah. Ini adalah kali ke 13 menyambutnya di sekolah sepanjang berkhidmat sebagai guru.

  • 2001 – Posting bulan 6. So dah lepas sambutan hari guru.
  • 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 – SMK Wangsa Melawati
  • 2009, 2010 – Cuti Belajar
  • 2011, 2012, 2013 – SMK St. John
  • 2014, 2015, 2016 – SMK Raja Abdullah
  • 2017?

Banyak kenangan manis sebagai seorang guru. Semuanya meninggalkan pelbagai memori indah. Pernah berkawat atas pentas, berdikir barat, menyanyi, menari dan pelbagai lagi semasa sambutan hari guru. Walaupun diri ini tak punya bakat seni sangat tapi suka untuk mengambil bahagian kerana itu adalah salah satu cara menyokong penganjur setiap majlis ini.

999fee15-244b-4de2-bbfb-d79849eea5eb

 

Zaman terima hadiah, terima kad dah lama berlalu. Rindu pula nak terima kad fizikal. Ucapan dan tag di media sosial meriah sekali tetapi ianya tak sama macam kad fizikal. Lama tak rasakan kad fizikal ni kan… Zaman itu sudah berlalu.

Tapi apapun, dalam banyak-banyak ucapan tahun ini, ada yang saya tunggu tak tiba. Mungkin mereka lupa atau tidak merasakan ucapan Selamat Hari Guru ni tak lah terlalu penting. Sabar lah wahai hati.

Ucapan buat diri sendiri,

Walaupun apapun, kuatkan hatimu Normie. Kuatkan jiwa untuk terus jadi guru yang hebat, mencurah ilmu tanpa rasa kecewa.