Day #1 : Singapore Tour (Part 2)

Saya bangun jam 3.30 petang. Bangun terus mandi. Bilik mandinya sangat kecik tetapi pancurannya sangat kuat dan puaslah mandi. Lepas mandi kejutkan Aliya & Sabarina. Dah bersedia nak ke Masjid untuk solat Jamak Zohor + Asar. Selesai saya bersiap, saya nampak Raihan & Rozaina dan kawannya di lobby. Oh tepat masanya. Selesai mereka mendaftar, kami terus keluar ke Masjid.

Masjid Abdul Ghapoor

anigif

Masjid ini lah menjadi tempat kami bersolat setiap kali masuk waktu. Sangat selesa dan bersih. Masjid ini diuruskan oeh kaum mamak atau India Muslim di sini.

Selesai solat, kami mulakan perjalanan kami meronda Singapura. Memandangkan hari sudah jam 5 petang, kami membuat keputusan untuk terus ke MERLION untuk melihat matahari jatuh di sana. Salah satu tempat wajib di singgahi.

112

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

237

Kami naik MRT dan berjalan kaki. Punya banyak berjalan, bila malam dah habis tenaga. Kami buat keputusan untuk ambil TAXI dan UBER. UBER di sini adalah LEGAL dan sangat efisien dan selesa. Malangnya waktu saya memesan UBER, tunggu 20 minit tak sampai. Saya nampak kereta dia pusing-pusing dan pusing. Saya rasa dia berada di seberang jalan. Kami mengambil keputusan untuk mengambil taxi kerana perut dah lapar sangat. Akhirnya saya di denda SG$6.00 kerana batalkan pesanan UBER.

Akibat kelaparan, kami terus singgal Restoran Abas dan makan di sana. Alhamdulillah, semuanya sedap-sedap. Tak tahu nak cakap macam mana. Semua ada dan semua sedap.

260

Selesai makan, singgah solat terus di Masjid dan balik ke Hostel dan tidur selena-lenanya akibat kepenatan. Sesungguhnya pelan MRT dan Goggle MAPS banyak membantu kami. Hari yang indah.