APPS YANG PERLU OLEH SEORANG GURU ABAD KE-21

Rata-rata guru di Malaysia memiliki telefon pintar tetapi sayangnya ramai yang saya jumpa hanya menggunakannya untuk WhatsApp dan menerima / membuat panggillan telefon. Oh lupa, banyak juga menggunakannya menggantikan kamera. Sedangkan telefon bernilai ribuan ringiit dibeli terlalu banyak fungsinya.

Dengan aplikasi penting yang ada di dalam telefon pintar akan membantu kita menguruskan kerjaya kita dengan lebih baik dan pantas. Tetapi malangnya ada antara guru yang saya jumpa semasa memberi ceramah, Play Store pun tak pernah tahu fungsinya.

Apa yang saya kongsi adalah untuk guru yang masih baru dengan aplikasi dan bukanlah advance user. Untuk guru yang dah hebat kebaboom tu boleh lah baca petikan lain yang saya kongsikan. Dan ingin saya ingatkan di sini apa yang saya kongsikan ini adalah aplikasi yang bersangkut paut dengan penggunaan VLE-Frog. Aplikasi ini ada di dalam VLE-FROG secara langsung/tidak langsung. Perkongsian ini lebih kepada menjadikan anda guru yang aktif menggunakan akaun vle-frog.

Saya kongsikan di sini aplikasi yang perlu ada yang mana anda boleh muat turun dari Play Store (Android) dan Apps Store (iPhone).

 

APLIKASI UTAMA / WAJIB

Gmail

Gmail

Setiap orang yang membeli telefon bimbit, sama ada android / iOS akan ada akaun google yang mana selalunya direka oleh tokey kedai tempat anda beli. Selalunya dia reka sahaja tanpa bertanya anda ada atau tidak akaun dan anda selalunya tak sedar yang anda miliki akaun google itu. Yang menariknya, anda boleh tambah lebih dari satu akaun google ke dalam telefon bimbit anda. Boleh lah anda masukkan akaun YES.MY anda di sini. Maka tidak terlepas lah sebarang email yang dihantar ke akaun FROG anda. Bagi saya sangat mudah menggunakan aplikasi ini kerana tidak akan terlepas sebarang email dan jika perlu balasan segera terus boleh jawab. Sebab aplikasi ini sangat mudah dikendali yang mana selain menerima email, kita boleh hantar email dan foward email. Nak emailkan gambar-gambar dari telefon bimbit juga mudah.

Bagaimana nak tambah akaun baru ke dalam aplikasi ini? Untuk versi iOS, anda boleh baca di sini Tambah Akaun Gmail untuk iPhone/iOs

Yang menariknya ialahapabila anda tambah akaun anda pada Gmail ini, semua akaun Google yang lain juga akan dimasukkan akaun ini tanpa perlu set sekali lagi.

Manakala untuk pengguna Android, anda boleh baca di sini, Tambah Akaun Gmail untuk Android

Jika anda tambah akaun YES.MY anda, selepas anda masukkan id & password, paparan Frog akan keluar untuk meminta anda memasukkan id & password sekali lagi. Sila masukkan lagi sekali id & password anda.

GDrive

Google Drive

Aplikasi kedua adalah sangat penting buat saya dan pastinya untuk anda. Jika di sekolah saya, kami sering berkongsi bahan menggunakan Google Drive dan aplikasi ini sangat bagus digunakan. Seperti contoh, saya menggunakan telefon pintar saya untuk mengambil gambar acara sekolah, saya boleh terus masukkan gambar-gambar tersebut ke dalam Folder Gambar yang telah dikongsi oleh pentadbir kepada seluruh warga sekolah. Tak perlu pindahkan guna cable maupun thumb drive yang ternyata meremehan. Selain itu, jika ada bahan dikongsi di dalam GDrive ini, terus ada notification dan yang paling penting, jika pelajar menghantar kerja menggunakan GDrive, saya terus boleh menyemaknya.


APLIKASI TAMBAHAN

Photos

Google Photos

Saya sukakan Google Photos kerana ia boleh backup semua gambar yang ada di dalam telefon pintar anda. Ia lakukan secara automatik tanpa anda sedari. Format gambar adalah High Resolution tetapi bukanlah saiz sebenar. Tetapi memadai sebagai backup jika telefon hilang mahupun terdetele folder gambar. Anda boleh setkan sama ada proses ini boleh dilakukan apabila ada WIFi ataupun menggunakan MOBILE DATA. Saya setkan kepada WIFI. Jimat sikit data sebab gambar kadang-kadang banyak. Ini membawa maksud bahawa jika ada WIFI barulah backup akan bermula. Selain itu, keistimewaannya ialah apabila gambar di ambil secara berturutan atau burst photos, dia akan suggestkan animasi atau video untuk kita. Jika menggunakan komputer, anda boleh hasilkan video dari gabungan gambar-gambar.

Kelemahannya cuma satu buat mereka yang banyak sangat gambar Whatsapp. Semua gambar dan video tersebut juga akan dimuat naik dan di backup. Tak apalah, nanti ada masa boleh delete.

Doc

Google Doc

Sheets

Google Sheets

Slides

Google Slides

Tiga aplikasi di atas adalah komponen kepada GDrive. Kadang-kadang ada dokumen yang dihasilkan yang membolehkan kita berkoloborasi secara terus dengan orang lain. Sebagai contoh, satu dokumen booking jadual waktu dikongsi oleh saya kepada semua guru. Guru boleh melihat dan mengedit dokumen tersebut. Jika sekiranya aplikasi tersebut dibina menggunakan Google Sheets, saya boleh melihat fail tersebut di GDrive tetapi saya perlukan aplikasi Google Sheets bagi membolehkan saya edit maklumat tersebut.

Google_Calendar_Logo

Google Calendar

Aplikasi terakhir ialah Google Calendar. Amat mudah setkan appointment dan sebarang peringatan dan ianya boleh di sync kan dengan semua aplikasi google seperti Google Maps.

 


Ambil tahu apa yang anda miliki. Biarlah telefon pintar yang mahal anda beli ini digunakan sepenuhnya. Jangan asyik nak ber FB sahaja. Atau cit chat dengan whatsapp sedangkan ianya mempunyai pelbagai kegunaan lagi terutamanya akan menjadikan anda lebih proaktif dan cepat dalam menjalankan tugas. Menjadikan anda lebih terurus. Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda kerana ianya sangat bermanfaat kepada saya.