GUNA GOOGLE MAPS DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Tadi tengah cari cermin mata anak, dapat mesej. Berkali juga saya baca. Saya tak pastilah apa yang ditanya itu adalah apa yang saya faham. Berkali-kali juga saya baca.

IMG_5302

Susah sebenarnya nak saya terangkan dengan perkataan kerana ada banyak detail yang perlu diceritakan. So, saya menjawab soalan cikgu dengan penyelesaian dan cadangan berikut.

Saya cuba menggunakan akaun YES.MY akan tetapi MY MAPS telah di larang akses dan di sekat. Oleh itu, nampaknya kita terpaksalah menggunaan akaun GMAIL/GOOGLE biasa. Tetapi kita SHARE kan dengan akaun kita.

  1. Pastikan anda LOGIN terlebih dahulu.
  2. Pergi dekat Google dan taip MY MAPS.
  3. Selebihnya tengok sedikit Tutorial Bisu di bawah.

Terpaksa bisu atas sebab suasana keliling agak bising.

Apa aktiviti saya?

  • Saya senaraikan Bangunan Warisan Kebangsaan. Ambil dari laman web lah. So saya akan memintak seorang pelajar ambil satu lokasi.
  • Mereka perlu tandakan lokasi di dalam peta yang telah saya sediakan ini (lepas saya create, saya share dengan semua pelajar, saya embed di dalam VLE). So pelajar boleh edit melalui VLE-Frog sahaja. Mereka juga boleh tambah maklumat seperti gambar & video.

Untuk mengelakkan masalah (link tak keluar), sediakan widget External Link sebagai penyelamat anda. So kalau Embed tak keluar atau lambat load, boleh jumping keluar dengan external link.

Jom layan,

Ni contoh aktiviti yang saya boleh bagi. Harap membantu cikgu. Banyak lagi sebenarnya boleh buat. Cikgu Math boleh juga kita jarak sebab dalam ni ada pembaris tau.

Selamat mencuba!