MENU SAYA TAK SAMA – PHONE ALTITUDE – YES 4G

Alhamdulillah. Hari ini berpeluang memberi sedikit perkongsian dengan semua pengetua Zon Sentul berkenaan dengan telefon bimbit yang dibekalkan di sekolah. Saya sangat berbesar hati diberi masa untuk bersama mereka yang hebat ini. Sedap biskut & coklat ­čÖé

Saya mulakan dengan memberi sedikit taklimat dan cara menggunakan telefon YES 4G. Mula-mula saya nak tunjuk bagaimana untuk menjadikan telefon ini sebagi HOTSPOT. Sebab itulah fungsi utama kenapa phone ini diberikan kepada kita. Malangnya hanya beberapa orang pengetua sahaja yang dapat ikut sebab apa? Sebab skrin mereka tak sama macam saya. Mereka tiada pun ikon HOTSPOT pada skrin mereka. Puas saya fikir, dan saya dapat jawapannya.

Antara mereka ini baru sahaja ON telefon. Ada yang baru keluarkan dari kotak. Yang tak bawa pun ada. Hahaha.  Kalau pengetua2 phonenya begini, maknanya cikgu di sekolah juga ada masalah yang sama. Mereka TIDAK UPDATE telefon mereka. So, saya akan berikan panduan ini kepada semua bagaimana nak pastikan sistem telefon bimbit YES Altitude ini berfungsi dengan lebih baik dengan perkara2 baru yang perlu dikemaskini kerana kita tahu tetapan kilang pasti banyak batasan.

Jom tengok.

  1. Pergi Setting

    |

  2. Scroll ke bawah sekali. Cari perkataan “About Phone”

    .

  3. Klik “System Update

  4. Klik pada “Check new version“.

  5. Kemudian pastikan anda ON dua butang di bawah.
  6. Selesai UPDATE, akan ada notifikasi seperti di bawah.

  7. Setelah selesai UPDATE, barulah menu anda akan kelihatan seperti ini.

Sebenarnya semua telefon bimbit pintar anda perlu di update sistemnya. Cuma caranya berbeza.

Barulah muncul HOTSPOT di atas tu dalam menu di atas.

Apa? Tak dapat menu ni? Anda hanya perlu tarik dari atas ke bawah skrin tu sebanyak dua kali. Satu kali untuk notifikasi dan ke dua untuk mengeluarkan menu di atas. Selamat mencuba!