TIDURLAH ZATIKA SELAMANYA

Bagai tersentak, membaca coretan di muka buku. Kebetulan sedang scrool muka buku dan ketika itu status di bawah terkeluar. Berkali-kali baca, bimbang tersalah baca. Terfikir juga mungkin Zatika bergurau kerana memang sifat dia begitu, bergurau senda sentiasa. Tapi bila minda waras kembali menjelma, ianya bukanlah gurauan malahan kenyataan.

Kali terakhir saya bertemu dengan sahabat setempat kerja ini ialah pada 4 Mac 2017 yang lalu. Genap seminggu sebelum beliau menghembutkan nafas terakhirnya. Saya sampai di kenduri kahwin anak Puan Adiah ketika itu dan duduk semeja dengan En. Harman & isteri. Selesai makan nasi, saya bangun ambil ABC dan kuih muih dan ternampak Zatika bersama suami di meja lain sedang makan. Saya terus duduk di sisi beliau. Bersembang, bercerita kondisi beliau dan update situasi di sekolah kerana beliau memang sangat sayangkan sekolah. Ralat rasa hati kerana tidak bergambar dengan beliau ketika itu. Namun begitu, ada hajat hati arwah yang perlu direalisasi.

Saya tidak mengenali secara mendalam kerana ketika saya masuk mengajar di SMKRA, arwah sudah mula bercuti On dan Off kerana menjalani rawatan. Namun ketika arwah hadir bekerja, mengalahkan orang yang sihat. Beliau antara yang cuba sedaya upaya dengan cara tersendiri untuk melaksanakan VLE-FROG lebih dari mereka yang sihat sejahtera. Masih ingat ketika sakit, beliau akan mintak izin LEFT GROUP sekolah. Bila rasa bosan, beliau akan minta ADD beliau dalam group. Inilah Zatika. Masa orang sibuk terima HP Yes, walaupun ketika itu cuti, arwah keep texting me asking ada ke kerja perlu dibuat dengan telefon itu. Tiap kali pengumuman dibuat di group sekolah berkaitan dengan ICT, mesti dia akan PM saya personally bertanya apa perlu dia lakukan.

Saya sudah minta izin arwah sejak tahun lepas untuk menulis berkenaan dengan arwah agar menjadi panduan dan semangat buat orang lain dan beliau memang gembira. Tetapi masa saya memang sangat terhad menyebabkan saya belum sempat menulis. Namun bahan semua saya sudah simpan untuk saya tulis bila masa mengizinkan.

Arwah seorang yang sangat kuat, saya suka melihat semua yang dicoret sepanjang perjalanan arwah menjalani hidup ini sebagai seorang pesakit kanser. Beliau membuat keputusan untuk berkongsi semua cerita berbanding sesetengah orang yg bersembunyi di balik jendela dan meratapi derita yang dialami. Wanita ini baru sahaja menyambut hari jadinya.

Sebenarnya, arwah baru sahaja selesai kimoterapi untuk kesekian kalinya, pada 15 Feb 2017. Saya yakin ketika ini arwah memang sedang sakit kesan sampingan dari kimoterapi tetapi tengoklah bagaimana telatah arwah, masih lagi boleh ketawa dan bersenda gurau. Arwah hadir ke Majlis Persaraan Cikgu Harman di SMKRA. Ketika itu arwah memakai MASK menyebabkan tidak dapat melihat jelas raut wajah arwah tetapi mata itu memang kelihatan agak cengkung sedikit.

Kenduri anak Pn. Adiah pada 4 Mac 2017 iaitu hari Sabtu, dan Isnin berikutnya pada 7hb Mac 2017 arwah dimasukkan ke Hospital. Rupanya inilah kali terakhir arwah akan berada di hospital. Keluar masuk hospital itu perkara biasa buat seorang pesakit kanser. Tiada yang luar biasa tapi setiap kali melihat status keluar, doa kami tidak pernah putus buat sahabat ini. Tiada lagi yang mampu kami lakukan.

Anak-anak segalanya buat arwah, cuba semampunya menggembirakan dan melayan kerenah anak. Dalam pada sakit tu sempat lagi bergurau. Video-video pendek arwah ketika di hospital sangat menghiburkan hati dan buat kita tersenyum. Kadang-kadang buat kita lupa kesakitan yang sedang arwah alami.

Arwah ketika hayatnya membuat keputusan untuk berkongsi semua perjalanan arwah ketika bertarung nyawa dengan serangan demi serangan penyakit kanser ini. Dua album penuh yang dibuat khas untuk cerita ini.

Setelah menjalani pembedahan, arwah memulakan rawatan kimoterapi pada 29/10/2013.  Arwah menulis pengalaman tersebut.

Tidak sampai sebulan, arwah menjalani proses kimoterapi yang kedua. Lihatlah betapa kuatnya arwah. Kelihatan sangat ayu dengan rambut palsu. Senyum tak pernah lekang.

Arwah terus kuat untuk proses kimoterapi yang seterusnya.

2013 – 2016 hampir 40 proses kimoterapi dijalani sehinggalah tulisan panjang lebar di bawah ini tular di media sosial awal tahun ini.

Arwah sangat suka bercuti dan mengambil gambar. Bukan arwah sahaja, anak-anak dan suami juga pandai mengambil gambar kerana gambar-gambar percutian beliau, sering memukau.

Ini antara gambar kenangan yang sangat mempersona pada saya.

Percutian arwah sekeluarga yang terakhir dicoretkan di mukabuku. Ketika itu mungkin arwah sudah tidak kuat untuk berjalan jarak jauh kerana arwah kata sudah puas. Coretan percutian dicatat rapi dan di tanda.

Satu hasrat arwah yang saya akan ingat dan akan cuba realisasikan bersama rakan-rakan SMKRA walaupun akan banyak rintangan, arwah nak sangat buat FREE MARKET lagi. -.-

 

Zatika, akak tahu, Zatika adalah kesayangan Allah kerana itulah Zatika terpilih untuk menerima ujian ini. Begitu juga suami dan anak-anak yang pasti merasai kehilangan ini. Kami tahu Zatika pasti pergi tapi bukanlan secepat ini. Namun begitu, doa kami hanya untukmu sahabat. Terima kasih Allah mengizinkan kami semua mengenali ZATIKA IZWANI.

 

Gambar profile terakhir yang Zatika tukar melambangkan betapa arwah sedang bertarung dan menjadi wira di hati semua yang mengenali.

Tidurlah adikku Zatika Izwani. Tidur yang panjang. Tidur yang tak akan bangun lagi. Tewasnya seorang yang kental dan penuh mengajar kami erti sebuah perjuangan.

Takziah buat seluruh keluarga Cikgu Zatika Izwani.

Jika anda terbaca pos ini, sedekahkan Al-Fatihah buat Zatika Izwani.