SEMARAK VLE : SAMBUTAN HARI GURU (TEKA SIAPA SAYA)

Setiap kali munculnya hari guru, pelbagai cara dan aktiviti di rancang. Bagi menyemarakkan penggunaan VLE memandangkan ketika sambutan ini, banyak sekolah dalam musim peperiksaan yang membuatkan penggunaan VLE untuk pdp tidak dilakukan. Masa inilah, idea-idea terbaik perlu difikirkan.

Ini adalah antara  yang pernah saya lakukan dan sesungguhnya ia mendapat sambutan yang sangat tinggi. Pelajar boleh menjawab sebanyak mana mereka mahu dan kami berjaya memperolehi lebih 300 penyertaan.

Keputusan di umumkan semasa sambutan hari guru dan satu demi satu gambar dikeluarkan dan dipaparkan dilayar dengan gambar lama dan gambar terkini. Ternyata riuh rendah ketawa di dewan menyemarakkan keadaan dan menyeronokkan.

Untuk melakukan perkara ini, ada beberapa fasa yang memerlukan komitmen guru dan sebenarnya tidak susah sangat kerana ramai guru yang mengambil bahagian.

Hadiah juga tanpa modal. Iaitu timbunan coklat yang diberi dan dikumpul. Saya membuka penyertaan guru, jika mereka menyertainya, mereka perlulah memberi minima 2 bar (medium size) coklat. Dan kami berjaya mengumpul lebih dari 100 bar coklat kerana ada guru yang memberi sampai 6 bar coklat.

Fasa 1  : Meminta guru memberi gambar mereka ketika kecil. Gambar disusun agar mudah dilihat.

Fasa 2 : Sites VLE dibuka untuk undian. Borang undian kami menggunakan Google Form kerana memudahkan melihat keputusan.

Cubalah, pasti menarik dan menyeronokkan. 🙂