PILIH NAMA SECARA RAWAK – “RANDOM NAME PICKER”

Bagi menambah nilai sesuatu pembelajaran, elemen teknologi ternyata sangat mengujakan jika dapat dilakukan oleh guru di dalam kelas.Tidak di nafikan, perkara paling sukar bagi seorang guru ialah mengingat nama pelajar terutama jika mereka mengajar kelas yang banyak. Kita akan mudah mengingat sesuatu perkara jika kita sering menyebutnya.

Ketika bertanya soalan, kita sering melihat list nama atau tunjuk sahaja pelajar yang perlu menjawab soalan tersebut. Begitu juga ketika perbincangan kerja rumah dan lain-lain. Kita memang menggalakkan pelajar bangun secara sukarela tapi apa kata kita ubah sedikit dengan elemen kejutan iaitu menggunakan Random Name.

Pilihan saya jika kelas yang tidak terlalu ramai murid, boleh menggunakan RANDOM NAME PICKER di laman web https://www.classtools.net/random-name-picker dan yang bestnya, boleh diletakkan di VLE menggunakan WIDGET EMBED WEBSITE. Menarik sangat dan ternyata pelajar sangat teruja.

Langkah seperti dalam gambar atau boleh lihat di sini untuk panduan

  1. Klik pada Edit/Save untuk tukar senarai nama. Anda boleh copy paste je dari Word / Excel.
  2. Selepas selesai masukkan nama, klik SUBMIT. Apabila anda klik dia akan minta anda CREATE PASSWORD. So, reka lah apa-apa password.
  3. Penting ingat password sebab nanti nak edit list ni kena masukkan password tu.
  4. Selesailah.

Macam saya cakap sebelum ini, anda boleh masukkan RODA IMPIAN ni ke dalam SITES VLE anda.

Caranya macam mana?

  1. Buka SITES anda. Ambil Widget Embed Websites.
  2. Pergi dekat RODA IMPIAN anda, klik perkataan SHARE/EMBED dan akan keluar dua pilihan pada POPUP.
  3. Ambil yang atas sekali iaitu URL LINK. Tak perlu copy semua. Anda hanya perlu COPY bahagian yang saya birukan sahaja.

Selamat mencuba 🙂

Selain dari yang ada di atas, anda juga boleh cuba beberapa lagi picker yang sama