Repost : Modul UPSR Bahasa Inggeris Mengikut Aras Murid (Kertas 1 & Kertas 2) bersama Jawapan

Tidak mudah sebenarnya untuk menghasilkan modul kerana ia mengambil masa dan mereka yang terlibat perlulah komited bagi memastikan Modul dihasilkan ada kualiti seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila sudah siap, semuanya menjadi manis dan manfaat yang diperolehi oleh semua yang menggunakan Modul ini akan menjadi saham besar di akhirat kelak.

Saya REPOST semula apa yang telah dikongsikan oleh sahabat saya Cikgu Raihan Hamiza di blog https://raihanjalaludin.blogspot.my/ yang sangat berguna. Saya juga menggunakan Modul ini dengan pelajar yang saya bimbing. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan Modul yang bagus ini.

Jika kita menggunakannya, tak perlulah kita tukar dan buang nama penulis modul. Kita boleh tambahkan sahaja di muka depan dengan logo kita. Bahan ini disediakan oleh guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan di PPD Kinta Utara pada tahun 2016 untuk kegunaan murid-murid Tahun 6 di bawah PPD Kinta Utara.

Download : Modul BI Paper 1 PPDKU
Download : Modul BI Paper 2 PPDKU

Tahniah kepada guru-guru dan pegawai-pegawai PPDKU yang dah berjaya hasilkan sesuatu yang bermanfaat macam ni. Kepada Cikgu Raihan Hamiza, terima kasih kerana berkongsi dengan kami.

Untuk tulisan asal / penuh, anda boleh layari blog Cikgu Raihan Hamiza di blog https://raihanjalaludin.blogspot.my/

Semoga lebih ramai Pegawai PPD, Guru menghasilkan modul-modul seperti ini kerana dengan perubahan besar dalam KSSR dan KSSM, semua memerlukan bantuan agar mereka berada di paksi yang betul memandangkan kekurangan buku-buku yang mana Publisher pun masih tengah menghadamkan KSSR dan KSSM.