Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2017

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan. Ini sebenarnya kali pertama PERMOHONAN boleh dibuat secara ONLINE sepenuhnya tanpa perlu menghantar sebarang dokumen.

Ada dua jenis tawaran yang dibuka. Jangan salah pilih.

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  2. Hadiah Latihan Persekutuan (Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa)

Saya adalah penerima HLP untuk Sarjana tahun 2008. Saya REPOSTING semula pada tahun 2011. Sejak tahun 2012, saya tidak pernah tidak mohon untuk menyambung PHD. Tahun 2017 ini adalah kali ke-4 saya memohon. Kali Pertama, saya langsung tak dipanggil TEMUDUGA, kali kedua Alhamdulillah saya dipanggil TEMUDUGA tetapi kerana kertas kerja tak cukup kuat (saya rasalah), makanya saya GAGAL. Kali ketiga, sekali lagi saya tidak dihiraukan, langsung tidak dipanggil temuduga.

Maka dengan ini, hasrat nak dapat PHD sebelum umur 40, tak mampu saya capai. Tapi saya tidak putus asa. Saya boleh memohon HLP sehingga usia saya mencecah 45 tahun. So saya nekad akan cuba memohon tanpa henti. Kerana saya yakin bahawa saya layak. Tapi percaturan ALLAH itu memang cantik. Tahun ini 2017, keputusan panggilan temuduga dikeluarkan pada 22 April 2017. Alhamdulillah saya berjaya dipanggil temuduga.

Waktu itu, saya baru sahaja 22 hari ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat. Serba tak kena nak beritau Timbalan Pengarah tetapi saya kuatkan hati. Itu bukanlah masalah terbesar. Masalah paling utama ialah saya ada 3 program yang saya telah atur selain acara PPWK dan anak-anak yang lain-lain yang perlu saya memberi komitmen. Saya perlu hadir temuduga pada 11 Mei 2017. Dari segi persediaan diri, saya yakin dengan kemampuan diri saya tetapi paling saya risau ialah PROPOSAL YANG MASIH belum ada walau sepatah ayat.

Tapi saya berdoa kepada Allah agar memberi saya kekuatan dan memberi saya idea agar dapat saya luahkan sebaik mungkin agar dapat mempengaruhi minta penemuduga. Saya mula membaca jurnal. Meminta bantuan rakan yang ada akses jurnal untuk memberi saya akses bagi mendapatkan jurnal rujukan. Tapi sayangnya, semuanya saya gagal untuk dapat akses tersebut. Saya hanya bergantung kepada apa yang ada di Google Scholar.

Sepanjang seminggu saya mula membaca dan mengumpul idea dan saya mula menulis pada 3 Mei 2017 dan editing terakhir pada jam 3 pagi pada 11 Mei (Hari Temuduga). Saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Inggeris kerana bidang yang saya nak menulis lebih mudah untuk difahami. Terima kasih kawan-kawan yang bantu saya semak bahasa Inggeris saya walaupun dah tengah malam. Bestnya teknologikan. Boleh share dokumen untuk kawan kita baca. Itu je talian hayat yang saya ada kerana bidang yang saya pilih agak sukar untuk mencari rakan yang faham dan boleh bantu. Terima kasih ya sahabat. Anda tahu siapa anda.

Tunggu Giliran

Bilik Menunggu Yang Sepi dan Penuh Stress

Temuduga? Semuanya lancar. Semuanya sempurna. Proposal? Superb!. Cakap bahasa Inggeris? Tak perlu sangat sbb proposal pun dah bahasa Inggeriskan, tak kan tak boleh cakap. Hampir separuh perbualan dalam bahasa Inggeris. Kali ini saya berjaya membuat penemuduga teruja dan itu adalah satau-satu petanda positif tetapi saya tidak mahu terlalu yakin tetapi bila ada yang bertanya, saya hanya boleh cakap, JIKA TAK DAPAT KALI INI, HANYA satu sahaja sebab. REZEKI itu bukan milik saya sebab saya sudah lakukan sehabis baik.

29 Jun 2017, sahabat saya Ang tag saya di FB bahawa semakan boleh dibuat bermula dari tarikh 30 Jun 2017. Jantung saya sebenarnya macam nak pecah. Tak boleh tidur konon. Sebab otak mula hantar signal keliru. Kalau dapat, bersediakah saya lalui semua ini. Kalau tak dapat, pasti saya sangat kecewa. Tapi saya boleh je tidur. Hahaha. Bagun pagi tu, dah lupa sehinggalah balik dari berjoging bersama Suamiku Encik Pilot ada TAG kat Telegram bertanya keputusan. Tiba2 jantung macam nak tercabut.

Entah macam mana link yang diberi saya tak boleh akses. Lihat di FB satu demi satu rakan yg saya kenali POS berjaya. Semakin kencang jantung ni. Saya google dapatkan link baru dan akhirnya semua telah terjawab. Berlari memeluk Encik Pilot saya. Sama-sama melompat di depan pagar rumah. Hahahaha. Dan kemudian menyedari kepelikan itu, Encik Pilot saya kata tarik nafas ya. Tarik nafas.. jaga jantung. Hahaha. Sujud syukur buatmu Ya Allah.

Semoga perjalanan saya lancar menempuhi semua yang sememangnya akan mencabar. Kepada semua rakan yang sama mendapat anugerah ini, tahniah, Buat yang tdak berjaya, jangan berhenti mencuba. Jangan menunggu untuk kita BERSEDIA kerana REZEKI kita belum tentu tiba ketika kita BERSEDIA.

Terima kasih semua yang selama ini mendoakan saya dan memberi saya semua motivasi untuk terus berjuang.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Kadang-kadang Allah tu nak menduga kita. Saya sentiasa berdoa agar saya dapat tamat PHD sebelum usia 40 tahun tetapi rupanya Allah tak mahu bagi sebelum ini kerana Dia nak bagi ketika saya mencecah umur 40 tahun untuk memulakan Perjalanan PHD ini. Ini adalah hadiah Hari Lahir terbaik sepanjang hidup saya.Syukur!

Saya dapat program yang saya mohon iaitu HLP iaitu CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA. Maksudnya apa? Saya CUTI (TAK KERJA) tetapi GAJI diBAYAR dan semua YURAN PENGAJIAN di TANGGUNG oleh KPM. So, Bersyukur ke IDOK? Alhamdulillah.