Siapa saya?

Aku adalah anak jati Pekan, Pahang yang telah dipertemukan dengan pasangan hidup dari Besut Terengganu oleh seorang sahabat. Menjalinkan ikatan persahabatan selama hampir 3 tahun dan kemudiannya menyulam cinta dan diikat tali pertunangan pada 24 Oktober 1998. Lebih setahun mengikat tali pertunangan, ikatan cinta termeteri sudah pada 6 Feb 2000 tatkala akad nikah di sahkan oleh saksi2nya. Dikurniakan seorang puteri pada 21 Jun 2001.

Belajar di SK Sri Maulana sehingga tamat tahun 6. Kemudian menyambung peringkat sekolah menengah di SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan dari Ting 1 – 3 dan ke SM Ahmad, Pekan dari Tingkatan 4 – 5.

Menyambung pelajaran di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin peringkat Diploma dalam Bidang Teknologi Maklumat. Mengikut kehendak bonda yang mahu saya menjadi pendidik, saya menyambung ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang yang saya minat iaitu Pendidikan Teknologi Maklumat.

Bertugas sebagai seorang guru sejak tahun 2001. Bercuti belajar dari 4 Nov 2008 – 4 March 2011 kerana menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di IIUM.

Kini masih bergelar seorang guru di WP Kuala Lumpur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *